Cara Tambah Postage Cost

Dalam artikel sebelum ini, kami ada berkongsikan cara untuk melakukan integrasi dengan syarikat kurier seperti Ninja Van, J&T Express dan DHL eCommerce. Dan selepas melakukan integrasi tersebut, anda boleh menambah atau mengemas kini kos penghantaran dan juga caj untuk COD di bahagian Postage Cost.

BOSS menyediakan cara untuk menambah postage cost di dalam sistem supaya anda boleh cas kan kos penghantaran kepada ahli/pelanggan.

Ada dua pilihan kos penghantaran yang anda boleh buat.

  • Non COD postage
  • COD postage

NON COD POSTAGE

Ini adalah postage yang ditetapkan oleh HQ jika pelanggan telah membuat pembayaran untuk tempahan mereka. Ahli boleh memilih untuk serap kos penghantaran ini atau di caskan sekali pada pelanggan

COD POSTAGE

Ini adalah postage yang ditetapkan oleh HQ jika pelanggan ingin menggunakan Cash on Delivery oleh pihak kurier seperti Ninja Van dan DHL. Untuk COD Postage, sistem akan kirakan sekali kos postage biasa dan ditambah cas COD yang ditetapkan.

postage cost scaled

Terdapat dua ruang di halaman Postage Cost ini iaitu Add or Update Postage Cost untuk menambah atau mengemas kini kos penghantaran dan juga Available Postage Costs untuk melihat senarai kos penghantaran yang telah dimasukkan sebelum ini dan anda boleh memilih untuk memadam mana-mana yang sudah tidak digunakan.

Select Provider – Jika anda ingin mengemaskini kos penghantaran sedia ada, pilih Provider yang telah disenaraikan di sini. Jika ingin menambah yang baru, sila masukkan nama Provider di ruang kosong atas sekali seperti imej di bawah.

postage cost 1

Select Zone – Jika anda ingin mengemaskini kos penghantaran sedia ada, pilih Zone yang telah disenaraikan di sini. Jika ingin menambah yang baru, sila masukkan nama Zone di ruang kosong atas sekali seperti imej di bawah.

postage cost 2

First KG (RM) – Masukkan kos penghantaran untuk satu KG pertama di sini.

Per KG After (RM) – Masukkan kos penghantaran untuk setiap satu KG yang berikutnya di sini.

COD Charge (RM) – Masukkan caj untuk COD di sini.

Setelah memasukkan semua maklumat di atas, tekan butang Add / Update untuk menambah atau mengemas kini.

Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.

Bacaan Lain Untuk Anda