4 Kelebihan Menggunakan Sistem Ejen Untuk Bisnes Anda

Anda merupakan founder bisnes yang masih baru dalam bidang ni?

Mesti ada tertanya-tanya, macam mana cara nak kembangkan bisnes. Kalau setakat ni, cuma ada beberapa orang saja dalam team. Tapi rasa macam lebih baik kalau ada ejen; supaya ada team yang boleh fokus untuk menjual.

4 Kelebihan Menggunakan Sistem Ejen Untuk Bisnes Anda

Sebenarnya, ejen jualan produk sangat membantu bagi melakukan proses jualan. Antara tugas ejen produk adalah dengan melakukan pemasaran bagi tujuan mencari pelanggan bagi produk tersebut.

Ramai juga founder yang rasa seperti tak ada keperluan untuk gunakan Sistem Ejen dalam bisnes mereka.

Tapi tahukah anda, Sistem Ejen ni dapat memberikan kebaikan kepada bisnes anda dalam jangka masa yang lebih cepat?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 4 kelebihan menggunakan Sistem Ejen untuk bisnes anda.

1. Dapat mengurangkan kos

Dengan menggunakan Sistem Ejen bagi bisnes anda, anda juga dapat mengurangkan kos operasi berbanding mempunyai wakil jualan yang mempunyai gaji tetap. Bagi Sistem Ejen, gaji diberikan dalam bentuk komisyen; iaitu bergantung kepada berapa jualan yang dilakukan ejen tersebut.

4 Kelebihan Menggunakan Sistem Ejen Untuk Bisnes Anda

Hal ini demikian kerana kebanyakan yang mendaftar sebagai ejen cuba untuk mencari pendapatan sampingan. Jadi, gaji dalam bentuk komisyen sangat sesuai kerana ejen dapat bekerja dalam suasana yang lebih fleksibel mengikut masa mereka sendiri.

Cuma, apa yang setiap ejen perlu sedia maklum ialah mereka perlu mempunyai disiplin dengan diri sendiri.

Kenapa?

Kerana komisyen diberikan berdasarkan performance atau prestasi jualan. Semakin banyak usaha yang berhasil untuk mendapatkan jualan, semakin tinggi komisyen yang akan diterima.

Dengan menggunakan Sistem Ejen, founder juga tidak perlu menyediakan kelengkapan asas yang selalunya disediakan buat wakil jualan yang bekerja tetap seperti kereta, kos servis kereta dan kos minyak kereta. Jadi, founder dapat menggunakan wang tersebut untuk melakukan perkara yang lebih penting seperti meningkatkan kualiti produk.

2. Sistem Ejen dapat meningkatkan tahap pemasaran produk

Di samping itu, Sistem Ejen juga juga dapat meningkatkan tahap pemasaran produk anda. Dengan adanya Sistem Ejen, produk anda akan dikenali berdasarkan word-of-mouth iaitu dari ejen-ejen anda sendiri.

Dari sudut branding pula, sistem ini dapat membantu menaikkan branding bagi produk anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai 5 ejen di dalam satu daerah; maka ejen-ejen inilah yang akan bercerita mengenai produk anda kepada kenalan atau penduduk di kejiranan tersebut.

Selalunya, ejen akan mula mempromosikan jualan mereka di Facebook. Dari situ, mereka akan berkongsi produk mereka di dalam group penduduk tempat tinggal mereka. Dengan adanya ejen, maka penduduk di kawasan tersebut akan makin mengenali produk anda.

Tambahan lagi, setiap ejen juga pasti mempunyai Facebook atau Instagram sendiri yang dikhaskan untuk menjual produk anda. Dengan cara ini, sebaran berkenaan produk anda akan semakin bertambah hanya dengan menggunakan Sistem Ejen.

3. Memudahkan pelanggan

Sistem Ejen juga dapat memudahkan pelanggan untuk membeli produk anda. Tambahan lagi, jika pelanggan tersebut tidak gemar untuk berurusan jual beli secara online.

Ada kalanya, pelanggan lebih gemar untuk membeli dari ejen berbanding secara online. Ini adalah kerana produk akan dapat lebih cepat berbanding menggunakan khidmat penghantaran yang rata-ratanya mengambil masa sekitar 3 – 7 hari bekerja.

Ada juga sesetengah pelanggan yang tidak gemar untuk melakukan transaksi pembayaran secara online. Maka, anda akan mendapat manfaat dengan adanya Sistem Ejen. Pelanggan tadi akan terus mencari ejen-ejen yang terdekat dan mula membeli dari ejen tersebut.

Pada masa kini, pencarian ejen bagi sesuatu produk sangat mudah. Pelanggan hanya perlu mempunyai akses ke sosial media seperti Instagram atau Facebook. Dari situ, pelanggan boleh mencari ejen menggunakan kata kunci ‘nama produk’ + tempat tinggal mereka.

Hanya dengan menaip kata kunci tersebut, pelanggan akan melihat paparan dimana ejen anda mempromosikan produk yang dicari dan tinggal berdekatan dengan rumah mereka.

4. Anda akan ada lebih banyak masa

Dengan menggunakan Sistem Ejen, founder juga akan mempunyai lebih banyak masa berbanding sebelum ini. Apa tidaknya, kalau dulu kumpulan jualan anda mungkin ada dalam sekitar 5 orang.

kelebihan sistem ejen

Tapi dengan adanya Sistem Ejen, anda boleh merekrut sebanyak manapun ejen yang anda mahukan. Namun anda perlu ingat, kuantiti ejen yang ramai tidak berguna jika anda tak pandai untuk menguruskan ejen di bawah anda.

Pastikan anda dapat meluangkan masa untuk memberi ilmu kepada ejen anda. Dengan adanya coaching session dari pihak founder, pastinya prestasi ejen juga akan semakin meningkat. Coaching session pula bukanlah dibuat setiap hari. Kalau dapat buat seminggu sekali pun dah cukup.

Kalau sebelum ni, team anda kecil. Hatta founder pun kena buat jualan. Tapi bila dah ada Sistem Ejen, ejen yang akan buat jualan. Anda hanya perlu monitor dan tingkatkan kualiti produk anda sesuai dengan permintaan pelanggan.

Penutup

Sistem Ejen sangat mudah dikendalikan. Founder bisnes hanya perlu mencari individu yang berminat untuk menjadi ejen bagi produk anda. Dengan adanya founder yang mencari ejen untuk menjual produk – serta ejen yang mencari produk untuk dijual; maka Sistem Ejen boleh dilaksanakan.

Namun, antara soalan yang selalu ditanya oleh founder ialah bagaimana untuk menguruskan ejen yang ramai?

Ejen terlalu ramai, adakah masih perlu kira komisyen secara manual?

Sekarang tidak lagi, komisyen ejen sudah tidak dikira secara manual seperti dahulu. Untuk pengetahuan anda, komisyen ejen boleh dikira menggunakan sistem pengurusan ejen seperti yang ditawarkan oleh The Boss Asia.

Dengan menggunakan servis dari The Boss Asia, founder dah tak perlu pening kepala untuk mengira komisyen ejen. Tambahan lagi, sistem itu juga dapat memudahkan founder untuk melihat trend peningkatan jualan yang dikendalikan oleh ejen.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sistem pengurusan ejen yang dikendalikan oleh The Boss Asia, anda boleh mengikuti slot demo virtual di sini.

Bacaan Lain Untuk Anda