About

Tentang The Boss Asia

Kenapa dan bagaimana kami bermula

Bawah pokok

Hai semua. Kisah The Boss Asia bermula dengan perbincangan 3 orang rakan di bawah pokok, di atas meja makan di sebuah restoran di Bangi. 

Bersama dengan buku nota kecil dan sebatang pen yang dipinjam dari pelayan restoran. 

discuss

Waktu itu kita fikir, sudah 7 tahun lebih bergelumang dalam industri sistem ejen yang dibuat mengikut selera HQ masing-masing. 

Dari situ kita sudah nampak pattern dan trend yang kebanyakkan digunakan oleh founder-founder produk.

Lakar fungsi

Selepas itu kita mula lakarkan, apa fungsi asas yang patut ada dalam sesebuah sistem ejen. 

Fungsi asas ini tidak terhad kepada pengurusan tempahan semata-mata, tetapi mestilah dapat menguruskan komisyen penjual dengan cepat dan lancar. 

Manual lambat

Dalam masa yang tengah trend penggunaan COD oleh kebanyakan founder tapi semua order COD diuruskan dengan sangat manual dan lambat.

Ini menyebabkan komisyen lambat proses dan banyak penjual tidak bersetuju untuk HQ buat COD sedangkan itu adalah pilihan yang pelanggan paling suka guna. 

 

All in one

Perniagaan bercirikan ejen dan stokis ini sudah bertapak di Malaysia sejak dari tahun 1985. Jadi ia adalah sebuah perniagaan yang tak lapuk dek zaman. 

Tapi waktu tu, kebanyakan sistem ejen hanya dapat menguruskan tempahan dengan sistematik sahaja. Komisyen, notifikasi tracking kepada pembeli, semuanya dibuat secara manual lagi. 

Sedangkan pada klien yang telah kami buat sistem custom, semua itu telah pun diautomasikan. Jadi kitorang plan, semua founder/HQ patut ada automation ini. Baru jualan lebih banyak!

Duduk atas video

Alhamdulillah, semua rezeki Tuhan.

Tak sangka dari satu tahun penubuhan The Boss Asia, kami dapat mencapai milestone luar duga menguruskan 700,000 parcel dengan nilai transaksi sebanyak RM121,546,793.

Kalau dulu HQ pening kepala nak kira komisyen COD, susah nak hantar tracking kepada pembeli, susah nak kira komisyen overriding, pening kepala nak tentukan pelan marketing yang terbaik macam mana, semua itu dapat diselesaikan dengan menggunakan The Boss Asia

Automatic feature

Kalau ikutkan kronologi pembelian pelanggan dengan sesebuah perniagaan, ia akan bermula daripada Prospecting, Order Processing dan After Sale. 

The Boss Asia berada di tahap Order Processing yang bila tahap ini dapat diautomasikan, HQ dan founder hanya perlu fokus kepada bahagian yang lebih kritikal dalam entiti perniagaan masing-masing.

Bayangkan The Boss Asia dapat menyediakan infra keseluruhan dalam kronologi pembelian pelanggan ini? Makin kaya raya HQ bukan?

 

Ending

Itu lah bagaimana The Boss Asia bermula. Segala kritikan, idea dan pandangan dari pelanggan-pelanggan telah hampir 85% berjaya kami laksanakan. 

Pengguna The Boss Asia sekarang boleh menjimatkan 59% masa operasi yang dahulunya semua dibuat secara manual. 

Terima kasih membaca, 

“Streamline your business with our automated system – where orders are effortless, and growth is inevitable!”

Habibol Lotfie, COO

Sertai kami

Bekerja hanya dari rumah, setiap tahun pergi bercuti dan bekerja dengan pasukan yang kuat dalam media massa, pemasaran, pengurusan dan pembangunan sistem di Malaysia

Berminat untuk sertai kami? Jom tengok jawatan kosong

Pasukan

Rezeki kami dikurniakan pasukan yang datang dalam pelbagai bidang tetapi mempunyai matlamat yang sama. 

Merevolusikan sistem ejen di Malaysia. 

Namzul

Nazmul Hasan

CTO

Habibol

Habibol Lotfie

COO

Farah

Farah Alia

Head Customer Success 

Samsul

Samsul Zamzuri

Head Customer Journey