Cara Melakukan Integrasi dengan WooCommerce

Sistem BOSS boleh melakukan integrasi dengan WooCommerce jadi anda boleh menggunakan WooCommerce di laman web jualan anda dan sebarang jualan yang berlaku akan dikemaskini secara automatik dalam sistem BOSS.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk melakukan integrasi.

Langkah 1

Log masuk ke sistem BOSS anda kemudian klik pada API Integration dan klik pada ikon / nombor di bahagian ID.

integrasi dengan woocommerce scaled

Langkah 2

Seterusnya klik butang Download BOSS Connect.

integrasi dengan woocommerce 1 scaled

Langkah 3

Kemudian log masuk ke sistem WordPress anda dan klik pada Plugins > Add New dan seterusnya klik Upload Plugins dan muat naik fail BOSS connect yang anda muat turun dalam langkah sebelum ini dan klik butang Install Now.

integrasi dengan woocommerce 2

Langkah 4

Apabila plugin BOSS Connect selesai dimuatnaik, aktifkan plugin tersebut dan kemudian pergi ke menu BOSS Connect > Settings. Pastikan di bahagian Status, pilih Enable. Kemudian masukkan API Key, API Secret dan Webhook dari Langkah 2 ke bahagian BOSS Connect Setttings seperti di bawah.

integrasi dengan woocommerce 3

Selepas itu, klik pada butang Save Settings dan proses integrasi antara BOSS dan WooCommerce selesai.

Apabila anda menambah produk untuk sistem BOSS dan WooCommerce yang telah diintegrasi, pastikan SKU code untuk produk tersebut sama di kedua-dua sistem.

Dalam sistem BOSS, SKU code ini boleh didapati di bahagian produk details yang boleh diakses dari Products > All Products dan klik pada produk ID. SKU Code ini terdapat di bawah menu Variations & Pricing

cara melakukan integrasi dengan woocommerce

Dan untuk sistem WooCommerce pula, SKU code ini boleh didapati di bahagian Product Data > Inventory apabila anda tambah produk baru atau edit produk sedia ada.

Pastikan SKU, Category dan semua ruang yang bertanda * di sistem diisi.

cara melakukan integrasi dengan woocommerce 1

Jika anda menerima pembayaran melalui kad kredit atau Stripe, sila email pihak Billplz di [email protected] untuk meminta mereka enablekan fungsi tersebut.

Sila gunakan template email seperti di bawah.

Hai Billplz, saya ingin menambah fungsi stripe di akaun saya. Ini maklumat akaun

Email: 
Nama syarikat:
No pendaftaran syarikat:

Terima kasih.

Untuk Ejen / Seller Sahaja

Jika anda merupakan ejen bagi HQ, untuk melakukan integrasi dengan WooCommerce ini anda hanya boleh menggunakan akaun Billplz atau Toyyibpay yang dimiliki oleh HQ sahaja, bukan akaun milik anda. Ini adalah kerana, pembayaran akan dimasukkan terus ke akaun yang anda gunakan jadi pihak HQ tidak menerima bayaran yang sepatutnya mereka terima untuk transaksi tersebut. Anda sebagai ejen hanya akan menerima komisen yang akan dibayar oleh pihak HQ kepada anda.

Semasa anda melakukan proses integrasi, sila hubungi HQ anda dan minta mereka masukkan maklumat akaun Billplz atau Toyyibpay HQ.

Sila tonton video di bawah untuk melihat panduan dalam bentuk video.

 

 

Bacaan Lain Untuk Anda