Dengan melakukan integrasi antara J&T Express dan BOSS, akan membantu anda untuk menguruskan tempahan dengan lebih mudah. Setiap tempahan yang berlaku di dalam sistem BOSS, akan terus masuk ke sistem J&T Express. Dan anda boleh muat turun Airwaybill J&T Express terus di dalam sistem BOSS.
Sebelum memulakan proses integrasi, pastikan anda terlebih dahulu membuka akaun Pro dengan J&T Express. Jika tidak, sila hubungi pengurus akaun J&T Express anda untuk membuka akaun pro. Selepas itu, dalam sistem BOSS anda, klik pada Integrations > J&T Express untuk memasukkan maklumat dan menukar tetapan bagi proses integrasi tersebut.
- Customer / VIP Code – Masukkan kod yang anda perolehi dari akaun J&T Express anda.
- Password / VIP Secret – Masukkan kata laluan atau VIP secret untuk akaun J&T Express anda.
- Sandbox – Jika sistem anda sudah sedia untuk menerima tempahan, disablekan butang Sandbox ini. Enablekan butang Sandbox jika anda mahu melakukan tempahan sebagai ujian untuk integrasi dengan J&T Express ini. Pastikan anda mempunyai akses ke Sandbox (akaun percubaan). Jika belum, sila hubungi kami di https://m.me/wearethebossxyz untuk membuka akaun sandbox.
- Thermal Printer – Jika anda enablekan pilihan ini, saiz kertas untuk Airwaybill anda ialah A6, dan jika anda disable, saiznya adalah A4.
- Remarks On AWB – Enablekan pilihan ini jika anda mahu memasukkan apa-apa nota berkaitan produk tersebut dalam Airwaybill.
- Hide Phone On AWB – Enablekan pilihan ini jika anda tidak mahu memaparkan no telefon syarikat anda. Jika disable, no telefon akan dipaparkan pada Airwaybill.
Sila tekan butang Save untuk menyimpan perubahan yang anda lakukan.