Cara Melakukan Integrasi dengan DHL eCommerce

Dengan melakukan integrasi antara DHL eCommerce dan BOSS, akan membantu anda untuk menguruskan tempahan dengan lebih mudah. Setiap tempahan yang berlaku di dalam sistem BOSS, akan terus masuk ke sistem DHL eCommerce. Dan anda boleh muat turun Airwaybill DHL eCommerce terus di dalam sistem BOSS.

Sebelum memulakan proses integrasi, pastikan anda terlebih dahulu membuka akaun Pro dengan DHL eCommerce. Jika tidak, sila hubungi pengurus akaun DHL eCommerce anda untuk membuka akaun pro. Selepas itu, dalam sistem BOSS anda, klik pada Integrations > DHL eCommerce untuk memasukkan maklumat dan menukar tetapan bagi proses integrasi tersebut.

integrasi dengan dhl ecommerce

Untuk proses integrasi dengan DHL eCommerce, sila tunjukkan gambar di atas kepada pengurus akaun anda. Dan kesemua maklumat di atas akan diberikan oleh pengurus akaun anda untuk diisi.

Sila tonton video di bawah untuk penjelasan lanjut tentang proses integrasi dengan DHL eCommerce ini.

Bacaan Lain Untuk Anda