Adakah Sistem Stokis Mempunyai Risiko?

Adakah sistem stokis mempunyai risiko?

Jawapan mudah, mesti ada. Semua perkara pun ada risiko sendiri. Cuma bezanya besar mana risiko yang bakal ditanggung.

Sebelum terus kepada persoalan, mungkin ada yang masih tertanya-tanya maksud stokis.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, stokis ialah orang atau syarikat yang menyimpan sejumlah stok barang atau produk tertentu untuk dijual atau diedarkan kepada penjual lain.

Senang kata, stokis ni ibarat seseorang yang pegang produk dengan banyak. Produk ni pula dibeli dari founder / HQ. Di bawah stokis, akan ada pula agent dan dropship yang direkrut oleh stokis tu sendiri.

“Selalunya, berapa diskaun yang stokis akan dapat?

Bergantung kepada produk. Kadangkala, untung yang diperoleh stokis boleh jadi 50% dari harga asal yang dijual kepada pelanggan.

Adakah sistem stokis mempunyai risiko?

Dah la dapat untung banyak. Mesti best jadi stokis kan?

Buat pengetahuan anda, stokis ni adalah individu yang akan dapat diskaun dengan banyak apabila beli barang secara pukal dari founder / HQ. Tapi risiko yang dihadapi oleh founder / HQ dan stokis juga boleh tahan besar.

Disini kami akan kongsikan risiko yang akan bakal dihadapi dari sudut dua pihak tadi.

Risiko dari pihak founder / HQ

Stokis yang tidak kisah orang bawah

Menjadi stokis ni mudah bergantung kepada founder. Ada founder / HQ yang tak letakkan sebarang syarat untuk jadi stokis. Cuma individu yang nak jadi stokis perlu beli barang dalan kuantiti tertentu atau MOQ (minimum of quantity).

Jadi cuma itu syarat menjadi seorang stokis, maka lebih senang untuk individu yang boleh keluarkan modal untuk jadi stokis berjaya.

Dengan adanya barang di tangan, stokis ni akan cari pula agent dan dropship untuk berada bawahnya. Jadi, setiap agent dan dropship yang direkrut hanya boleh order barang dari stokis tersebut sahaja.

Malangnya, ada sesetengah stokis yang tak kisah berkenaan agent atau dropship. Stokis akan letakkan syarat minimum kuantiti yang perlu dibeli oleh agent dan terus lepas tangan.

Lepas stokis sudah dapat untung hasil dari jualan kepada agent dan dropship, stokis langsung diam dan tak guide apa-apa cara pemasaran kepada orang bawah.

Bila tiada sebarang guideline, agent atau dropship tadi akan jual produk secara semberono. Sampai ada yang kurang arif berkenaan produk yang dijual apabila ditanya oleh pelanggan.

Bila kes macam ni terjadi, nama founder / HQ tadi yang akan tercemar. Sebab produk yang dijual memaparkan nama syarikat tersebut.

Ya, pengguna akan cakap salah agent. Tapi mereka akan turut mention, agent dari produk XYZ.

sistem stokis

Terlalu bergantung kepada stokis

Terdapat juga founder yang terlalu bergantung kepada stokis. Founder / HQ hanya kenal dengan stokis sahaja tanpa kenal agent dan dropship stokis tersebut.

Ini sangat bahaya. Tambah-tambah bila suatu hari nanti, stokis tersebut dah tak tak jual produk anda dan bina jenama sendiri.

Maka, agent dan dropship tadi berkemungkinan akan turuti stokis untuk tinggalkan produk anda.

Kalau stokis dan sales team tersebut antara yang jenis paling senang buat duit dengan produk anda, anda bakal alami kerugian besar. Kalau keadaan macam ni berlaku, anda sebagai founder yang berada dalam bahaya.

Jadi, itulah pentingnya untuk anda tahu setiap butir diri agent dan dropship di bawah stokis anda. Dengan menggunakan sistem pengurusan stokis dari The Boss Asia, anda dapat mengenalpasti siapa yang turut menjadi agent dan dropship bagi produk anda.

Melalui sistem ni, anda juga dapat ketahui sales team mana yang paling perform dalam bisnes anda.

Isu buang harga bagi stokis

Isu buang harga bukanlah sesuatu yang baru bagi Sistem Stokis. Selalunya, kes macam ni terjadi bila founder / HQ tidak ambil kisah dengan stok yang ada di tangan stokis.

Bila jadi stokis, stok yang berada di tangan terlalu banyak. Ada yang produk masih tak habis walaupun dah expired.

Untuk elakkan perkara macam ni terjadi, stokis akan cuba untuk buang harga / turunkan harga lebih murah dari harga yang sepatutnya.

Justeru, agent atau dropship akan berasa kurang senang disebabkan hal ini akan mewujudkan price war antara stokis, agent dan dropship.

Sudah pastinya, stokis akan dapat banyak kelebihan bila berlakunya price war; sebab stokis sudah dapat banyak diskaun dari HQ. Jadi, stokis berpeluang untuk beri lebih banyak diskaun kepada pelanggan.

Jika situasi macam ni terjadi, agent dan dropship akan kurang bermotivasi untuk lakukan jualan. Hasilnya, HQ yang akan hilang agent dan dropship yang berkualiti disebabkan tidakan stokis tadi.

1

Risiko dari pihak stokis

Lambakan produk yang tak habis dijual

Kes macam ni selalu terjadi dalam kalangan stokis. Tambahan lagi, kalau dapat founder / HQ yang tak kisah; asalkan produk mereka habis dijual kepada stokis.

Lambakan produk ni akan akibatkan kerugian kepada stokis sendiri. Hasilnya, stokis terpaksa turunkan harga semata-mata untuk pastikan produk habis dijual.

Mana taknya… Belum pun jualan stokis habis, HQ dah mula keluarkan produk terbaru. Memang menyedihkan.

Akhirnya, pelanggan akan mula beli produk keluaran terbaru. Dan tinggal stokis yang masih terkapai-kapai untuk habiskan jualan yang lepas.

HQ / Founder lepas tangan

Ada juga founder / HQ yang jenis lepas tangan. Bila semua produk dah dibeli oleh stokis, founder / HQ akan terus senang-lenang dan harapkan stokis untuk guide agent dan dropship.Sangat bahaya, sebab sepatutnya pemasaran (marketing) secara berterusan perlu dilakukan oleh founder. Tugas stokis, agent dan dropship adalah untuk lakukan personal branding dan membuat pelanggan beli dari mereka.

Bila HQ dah mula lepas tangan, produk dan jenama akan makin kurang exposure (pendedahan) terhadap bakal pelanggan.

Bila bakal pelanggan kurang exposure terhadap jenama produk tersebut, maka makin susah untuk stokis, agent dan dropship nak lakukan jualan.

Pesanan Untuk Founder Di Luar Sana

Bila sesuatu produk mula hype / viral, selalunya fasa tersebut tak kekal lama. Kebanyakan masa, sistem jualan produk viral bermula dari Sistem Stokis.

Kesilapan yang kebanyakan founder baru lakukan adalah; mereka tidak menjaga stokis, dropship dan agent sebaiknya. Hasilnya, produk mereka hanya dikenali sekali dan sunyi sepi akhirnya.

Pesanan untuk founder di luar sana, adalah amat penting untuk founder menitikberatkan soal sistem jualan yang dilakukan. Hal ini untuk memastikan kelansungan bisnes anda pada masa akan datang.

Bacaan Lain Untuk Anda