Apa Itu Sistem Ejen Dan Sistem Stokis?

Mesti ada yang masih confuse, apa itu Sistem Ejen dan Sistem Stokis? Sama ke? Atau sebenarnya ada perbezaan?

Bila masuk 2021, makin ramai yang sudah mula buat side-income atau pendapatan sampingan secara online. Rata-rata, ramai yang mula untuk menjadi stokis atau ejen bagi satu-satu produk.

Jom kita tengok apa bezanya.

Apa Itu Sistem Ejen dan Sistem Stokis?

Sebenarnya, kedua-dua sistem ini mempunyai cara pelaksanaan yang berbeza.

Kedua-dua sistem ini merupakan sistem yang digunakan oleh founder produk / HQ untuk aktiviti jualan.

Kenapa?

Dengan adanya sistem ni, fokus HQ boleh terus tertumpu kepada penghasilan produk. Maka, sistem ni juga dapat memudahkan HQ untuk menguruskan hal-hal lain seperti production, marketing dan quality control.

Jadi, pengambilan stokis, agent dan dropship dibuka untuk sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan aktiviti jualan.

Sistem Stokis

Buat pengetahuan anda, Sistem Stokis mempunyai lebih banyak peringkat berbanding Sistem Ejen. Sistem ini mempunyai HQ, Stokis, Agent dan Dropship. Jika anda menjadi stokis, anda perlu membeli dengan kuantiti yang lebih banyak. Dengan itu, barulah anda akan nikmati diskaun yang lebih besar.

Setiap HQ akan meletakkan syarat MOQ (minimum of quantity) yang perlu dibeli oleh stokis. Minimum of quantity bermaksud stokis perlu beli produk X sebanyak unit tertentu (minimum unit) supaya dapat nikmati diskaun yang ditetapkan oleh pihak HQ.

Jadi dimana fungsi stokis, agent dan dropship?

sistem stokis dan sistem ejen

Apabila stokis dah beli produk dalam kuantiti yang banyak, maka stokis akan mencari orang bawah yang dikenali sebagai downline. Downline ni merangkumi agent dan dropship.

Gambaran secara lebih mudah:

HQ -> Stokis -> Agent -> Dropship -> Pelanggan
Setiap agent dan dropship perlu beli produk dari stokis dalam kuantiti yang ditetapkan.

Sebagai contoh:
Stokis perlu beli 500 unit produk X dari HQ: untung RM15
Agent perlu beli 30 unit dari stokis: untung RM7
Dropship perlu beli 10 unit dari stokis: untung RM2

Bila stokis jual produk X kepada agent, stokis akan dapat untung RM8 untuk setiap unit.
RM15 – RM7 = RM8

Bila stokis jual produk X kepada dropship, stokis akan dapat untung RM13 untuk setiap unit.
RM15 – RM2 = RM13

Jadi stokis ni memang nampak macam senang. Tapi perlu ingat bahawa risiko yang ditanggung stokis lebih besar berbanding agent dan dropship. Stokis boleh alami beberapa cabaran seperti stok tak habis ataupun downline yang berhenti separuh jalan.

Timbul persoalan, apa yang jadi jika suatu hari nanti agent dah rank up untuk jadi stokis? Jawapannya, stokis tadi akan kehilangan profit dari agent tadi. Agent tadi akan jadi sideline (stokis) dan terus ambil produk X dari HQ.

Kelebihan Jadi Agent dan Dropship di Bawah Stokis

Kelebihan agent ialah agent dapat manfaat sebab boleh beli dalam kuantiti yang sikit dan dapat untung yang agak banyak. Selain itu, agent juga dapat lakukan COD (cash on delivery) di kawasan terdekat.

Kelebihan dropship pula, dropship tak perlu pegang barang. Sebab segala pengeposan barang dilakukan oleh stokis. Jadi, dropship tak perlu bimbang kalau barang tak habis jual.

Sistem Ejen

Bagi HQ yang menggunakan Sistem Ejen, semua yang menjual produk X dikira sebagai ejen. Maknanya Sistem Ejen tiada hierarki dan senioriti.

Untuk Sistem Ejen, semua ejen akan dapat untung harga yang sama walaupun dah daftar sebagai ejen bertahun-tahun.

Dan yang penting, ejen takkan jual kepada ejen. Ejen hanya jual kepada pelanggan.

Antara kelebihan Sistem Ejen ialah ejen akan dapat insentif tambahan ataupun reward jika berjaya capai target yang telah ditetapkan HQ.

Antara contoh reward untuk ejen ialah tambahan untung untuk 1 produk.

Contohnya:

Kalau jual 10 unit, akan dapat untung RM7 per item
Pengiraan keuntungan:
10 unit x RM7 = RM70

Tapi kalau lebih dari 30 unit, akan dapat untung RM15 per item
Pengiraan keuntungan:
30 unit x RM15 = RM450

Ejen akan dapat keuntungan berkali ganda apabila dapat melepasi yang telah ditetapkan oleh HQ.

sistem ejen dan sistem stokis

Bagi Sistem Ejen, semua ejen mampu untuk capai keuntungan yang besar. Apa yang membezakan keuntungan setiap ejen ialah dari segi usaha dan kerajinan ejen sendiri.

Ramai yang tertanya-tanya, Sistem Ejen boleh pegang stok tak?

Ya, Sistem Ejen boleh pegang stok. Dan ada juga HQ yang bagi pilihan untuk ejen pegang stok ataupun tak. Kalau ejen pilih untuk tak pegang stok, bila ejen dapat order dari pelanggan – maka ejen akan beritahu detail pelanggan kepada HQ untuk urusan pengeposan.

Sistem Ejen lebih sistematik dan senang untuk diurus. Tetapi, kedua-dua sistem mempunyai pro dan cons yang tersendiri.

Bagi Sistem Ejen, ada founder / HQ yang kenakan bayaran sebagai yuran untuk ejen. Tapi ada juga yang kenakan yuran secara percuma. 

Terdapat juga founder / HQ yang kenakan bayaran pendahuluan pada ejen. Tapi bila ejen dah berjaya dapatkan keuntungan pertama, bayaran pendahuluan tersebut akan diberikan semula kepada ejen. Hal ini demikian, supaya founder / HQ dapat tapis dulu ejen yang berkualiti. Dengan keberanian membayar upfront payment, ianya seolah ‘cagaran’ buat ejen supaya berusaha untuk dapatkan semula bayaran pendahuluan tersebut.

Macam Mana Nak Uruskan Sistem Jualan?

Mesti pening nak uruskan sistem jualan. Tapi sekarang dah jadi lebih mudah dengan adanya sistem pengurusan ejen.

Founder / HQ boleh gunakan sistem pengurusan ejen dari The Boss Asia yang membantu pengurusan tempahan, pemprosesan komisyen ahli secara automatik dan pemprosesan tempahan COD dalam satu platform.

Lebih mudah, dah tak payah pening-pening lagi.

Semoga selepas anda baca artikel ni, anda dapat manfaat berkenaan perbezaan antara kedua-dua sistem ni.

Bacaan Lain Untuk Anda