Cara Melakukan Integrasi dengan Ninja Van

Dengan melakukan integrasi sistem BOSS dengan Ninja Van, ia akan membantu anda menguruskan tempahan dengan lebih mudah. Setiap tempahan yang berlaku dalam sistem BOSS akan terus masuk ke dalam sistem Ninja Van. Dan anda boleh muat turun Airwaybill Ninja Van terus ke dalam sistem BOSS anda.

Sebelum memulakan proses integrasi, pastikan anda terlebih dahulu membuka akaun Pro dengan Ninja Van. Selepas itu, dalam sistem BOSS anda, klik pada Integrations > Ninja Van untuk memasukkan maklumat dan menukar tetapan bagi proses integrasi tersebut.

Pada bahagian Client ID dan Client Key, dapatkan maklumat ini dari akaun Ninja Van anda dan masukkannya di bahagian yang berkenaan.integrasi dengan ninja van 1

Jika anda mempunyai akaun kedua untuk Ninja Van, anda boleh memasukkan Client ID dan Client Key di bahagian Secondary Account.integrasi dengan ninja van 2

Pada bahagian Tracking dan Other Options, anda boleh mengubah beberapa tetapan untuk integrasi antara sistem BOSS dengan Ninja Van.

integrasi dengan ninja van 3

  1. Tracking Prefix – Kod yang akan ditambahkan sebelum nombor tracking untuk memudahkan anda mengetahui perkhidmatan kurier mana yang digunakan. Anda mesti memasukkan kod ini.
  2. Tracking Suffix – Kod yang akan ditambahkan selepas nombor tracking. Anda boleh memilih untuk memasukkan atau tidak kod di bahagian ini.
  3. Sandbox – Jika sistem anda sudah sedia untuk menerima tempahan, disablekan butang Sandbox ini. Enablekan butang Sandbox jika anda mahu melakukan tempahan sebagai ujian untuk integrasi dengan Ninja Van ini.
  4. Thermal Printer – Jika anda enablekan pilihan ini, saiz kertas untuk Airwaybill anda ialah A6, dan jika anda disable, saiznya adalah A4.
  5. Order ID in AWB – Enablekan pilihan ini untuk memasukkan Order ID ke dalam airwaybill.
  6. Instructions in AWB – Enablekan pilihan ini untuk memasukkan arahan tambahan di dalam airwaybill.
  7. Product Info in AWB – Enablekan pilihan ini untuk memasukkan maklumat produk di dalam airwaybill.
  8. Hide HQ Info in AWB – Enablekan pilihan ini untuk tidak memasukkan maklumat syarikat anda di dalam airwaybill. Bila and disable, maklumat syarikat anda akan dipaparkan.

Sila tekan butang Save untuk menyimpan perubahan yang anda lakukan.

Jika produk yang anda jual menerima kaedah bayaran COD, anda perlu tambah callback url di bahagian Global Webhook ini ke dalam akaun Ninja Van anda mengikut Event yang disenaraikan. Ini adalah supaya, setiap pertukaran status order yang berlaku, akan dikemaskini secara automatik di dalam sistem BOSS anda.

integrasi dengan ninja van 4

Anda juga boleh menonton video di bawah sebagai panduan tambahan untuk integrasi dengan Ninja Van

Bacaan Lain Untuk Anda