Jika anda turut melanggan modul tambahan oleh BOSS iaitu Online Store anda boleh menukar tetapan di halaman Smart Store Settings. Untuk akses halaman ni, dalam sistem BOSS anda, klik pada Settings > Smart Store. Dan di halaman ini terdapat beberapa tetapan yang boleh anda tukar.
Store Notice
Anda boleh pilih untuk enable atau disable Store Notice dengan menekan butang pada bahagian Status. Kemudian, pada bahagian Text, masukkan mesej yang ingin anda sampaikan pada pengunjung anda.
Mesej tersebut akan muncul di Online Store anda seperti di bawah
Store Slider
Anda boleh memilih untuk enable atau disable Slider untuk Online Store anda di sini. Hanya klik pada butang pada bahagian Status untuk menukar tetapan ini. Untuk menukar imej untuk Slider, sila baca panduan yang telah kami tulis di sini.
Selain itu, anda juga boleh memasukkan tajuk kecil di bahagian Small Title, tajuk besar di bahagian Title dan mesej untuk Slider tersebut di bahagian Text.
Imej dan juga teks Slider yang anda masukkan tersebut akan dipaparkan di bahagian hadapan Online Store anda seperti gambar di bawah.
Store Widgets
Di bawah Store Slider, terdapat Store Widgets dan anda boleh memilih untuk enable atau disable pilihan ini dengan menekan butang pada bahagian Status. Kemudian anda boleh memasukkan tajuk dan juga teks untuk widget anda di bahagian Widget Title dan Widget Text. Terdapat 3 ruangan widgets yang anda boleh guna.
Selepas anda berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan, anda boleh menekan butang Save untuk menyimpan. Bahagian Store Widgets anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
Berikut merupakan gambaran keseluruhan bahagian hadapan Online Store anda mengikut tetapan di atas.
Atau anda juga boleh melihat Demo Online Store ini yang telah disediakan oleh pihak BOSS.
Sila tonton video di bawah untuk melihat panduan ini dalam bentuk video