Cara Muat Turun Airway Bill

Airway Bill merupakan maklumat penghantaran yang akan dicipta secara automatik apabila pelanggan melakukan pesanan. Anda perlu terlebih dahulu perlu melakukan integrasi sistem BOSS dengan syarikat kurier seperti Ninja Van, J&T Express dan DHL eCommerce.

Anda perlu memuat turun Airway Bill ini untuk dicetak dan ditampalkan pada produk yang akan anda hantar pada pelanggan. Terdapat beberapa kaedah untuk memuat turun Airway Bill.

Pertama sekali, anda boleh muat turun Airway Bill di senarai pesanan yang boleh dilihat pada menu Orders. Klik pada butang yang berwarna ungu untuk memuat turun.

cara muat turun airway bill

Anda juga boleh muat turun Airway Bill dengan klik pada Order ID dan kemudian klik pada butang AWB yang berwarna ungu.

cara muat turun airway bill 1

Atau anda juga boleh melakukannya dengan klik pada menu AWB Manager Pro > Downloader, tick pada mana-mana order yang ingin anda muat turun Airway Bill dan kemudian klik butang Download.

cara muat turun airway bill 2

Bacaan Lain Untuk Anda