Bagaimana nak buat SEO di TikTok supaya kandungan video kita menjadi ‘jawapan’ yang muncul di carian kata kunci pengguna TikTok?
Kita semua dah maklum Gen Z sememangnya obses dengan TikTok. Sampaikan TikTok menjadi enjin carian utama Gen Z berbanding Google.
Sebelum ini, jika kita (millenials, Gen X dan Baby Boomers) nak mencari ‘tempat makan best di Ipoh’, Google akan menjadi tempat rujukan mereka untuk mendapatkan jawapan.
Tetapi Gen Z lain. Gen Z akan pergi ke TikTok, menaip ‘tempat makan best di Ipoh’ di kotak carian dan boom! Puluhan jika tidak ratusan video akan menjadi rujukan Gen Z.
Dijangkakan trend carian di TikTok ini akan terus berkembang dan ‘berjangkit’ ke generasi lain juga. Kenapa? Kerana hasil carian di TikTok jauh lebih menarik (kerana berformat video), pendek, straight to the point, dan yang paling bagus: TIADA IKLAN.
Untuk mengoptimasikan lagi SEO di TikTok, TikTok telah:
- Menambah rekomendasi jawapan carian
- Menambah jumlah had huruf di deskripsi video kepada 2,200 supaya pencipta video boleh menambah konteks dan kata kunci SEO
Dan ini cara algoritma SEO di TikTok meletakkan ranking jawapan carian:
- Teks dalam video (in-video text)
- Ucapan dalam video
- Kapsyen
- Hashtag
- Sari kata
Contoh:
Jika anda menjual produk/servis di TikTok, ini satu peluang.
Ini peluang untuk kembangkan lagi bisnes anda.
Kalau anda boleh menguasai satu kata kunci carian yang relevan dengan bisnes anda, TikTok boleh menjadi mesin penjanaan awareness (kesedaran).
Pada tahun 2022, jumlah pengguna TikTok di Malaysia berjumlah lebih 14 juta. Dan nombor ini semakin bertambah setiap tahun.
Ini bermakna anda ada akses untuk mencapai 14 juta audiens SECARA PERCUMA!
Jom kita tengok satu-persatu cara buat SEO di TikTok.
Cara buat SEO di TikTok
1. Membandingkan kata kunci SEO: side hustle vs boring business
Katakanlah anda menjual produk dengan sistem ejen. Anda mahu lebih ramai orang menyertai sistem ejen anda dan menjual produk anda. Salah satu kata kunci SEO yang popular untuk merekrut ejen adalah ‘side hustle’.
Satu lagi kata kunci SEO yang relevan adalah ‘boring business’ (bisnes yang boleh dibuat ketika boring untuk menghasilkan pendapatan sampingan).
Hashtag #sidehustle mempunyai 11.7 bilion views.
Hashtag #boringbusiness mempunyai 58.1 juta views.
#sidehustle ada:
- Jumlah carian yang sangat tinggi
- Kerelevanan yang tinggi
- Kesukaran kata kunci yang sangat tinggi (semakin tinggi carian, semakin tinggi tahap kesukaran)
Sementara itu, #boringbusiness ada:
- Jumlah carian yang sederhana
- Kerelevanan yang tinggi
- Kesukaran kata kunci yang sederhana
Apa yang anda perlu buat adalah cari kata kunci SEO di TikTok yang mempunyai jumlah carian yang sederhana, kerelevanan yang tinggi dan kesukaran kata kunci yang sederhana.
2. Cara nak dapat ranking jawapan tinggi
Ok, sekarang anda dah dapat kata kunci SEO di TikTok yang sesuai. Sekarang kita nak pastikan video yang kita buat berada di ranking tinggi bila orang buat carian kata kunci tersebut di TikTok.
Ini caranya:
Pilih kata kunci SEO anda
Masukkan kata kunci tersebut dalam cover photo, teks dalam video, ucapan video dan kapsyen
Masukkan kata kunci tersebut sebagai hashtag
Tengok cara pencipta video ini (Codie Sanchez) buat untuk menguasai ranking carian #boringbusiness:
3. Ulang sampai dapat kuasai ranking
Ini peluang besar jika anda dapat jumpa kata kunci SEO yang ramai orang cari, relevan tetapi tak banyak persaingan.
Langkah seterusnya adalah buat siri video-video TikTok yang berasaskan kata kunci sama.
Contoh:
Katakan anda pilih hashtag #boringbusiness
Buat siri yang berjudul “Boring Business Ideas To Start In 2023”
Kenapa?
Sebab katakanlah Ahmad dari Ipoh sedang mencari idea untuk buat bisnes semasa boring. Dia kemudiannya buat carian “boring business” di TikTok. Bukan sahaja video anda akan dapat ranking tinggi, anda juga ada banyak video untuk Ahmad tengok lagi dan lagi dan lagi.
Proses ini akan mempercepatkan lagi pertukaran Ahmad daripada seorang yang tak kenal bisnes anda (unaware) → kenal dan follow bisnes anda (aware) → peminat bisnes anda (fan).
Jadi untuk pendekkan cerita:
- Cari beberapa kata kunci SEO di TikTok yang sesuai
- Bandingkan dengan kata kunci SEO lain yang relevan
- Pilih satu kata kunci SEO yang banyak orang cari, relevan tapi tak banyak orang buat video lagi
- Buat siri video berasaskan kata kunci tersebut
- Pastikan kata kunci SEO itu ada di cover photo, teks dalam video, ucapa video, kapsyen dan hashtag
- Nikmati hasilnya
Nak lagi cantik, jawab setiap komen di video anda. Anda boleh jawab soalan orang di komen dengan buat video lagi dan masukkannya dalam siri video kata kunci SEO anda.