Menjadi pemilik bisnes bukanlah satu perkara yang mudah dan pernah disebut Elon Musk, “Start a business is like eating crack of glass, seeing abyss of death”. Tidak kurang juga mereka yang telah berusaha puluhan tahun, melalui pelbagai cabaran dan bisnes. Percayalah, itu semua sebahagian daripada proses kejayaan masing masing. Perkongsian kali ini akan fokus kepada perkara asas bisnes yang selalu orang pandang remeh tetapi sangat penting. Semua perkara bermula dengan asas terlebih dahulu kemudian barulah kita akan pergi kepada tahap yang lebih ‘advance‘. Jadi fahamkan beberapa poin penting yang kami kongsikan supaya anda mampu menghadapi halangan bisnes di masa hadapan.
1 – Kemahiran memahami angka angka yang penting.
Dalam buku, 25+ financial ratio tulisan Walsh & Werner menitikberatkan pemahaman mengenai ratio penting dalam syarikat. Setiap kali kita menerima laporan kewangan, sila teliti perkara penting yang boleh kita ubah ke arah yang lebih baik manakala dalam pemasaran pula, metric utama pula biasanya CAC mewakili Customer Acquisition Cost dan LTV iaitu Lifetime Value. CAC digunakan untuk melihat berapa kos perbelanjaan untuk mendapatkan seorang pelanggan, LTV digunakan untuk mengukur nilai pembelian pelanggan dalam satu tempoh masa.
2 – Memahami model bisnes
Dalam dunia ini, memang banyak jenis bisnes model yang boleh kita pelajari dan adaptasi. Untuk pengetahuan, boleh rujuk lean canvas, atau blue ocean untuk faham apa sebenarnya kegunaan bisnes model. Adakalanya produk kita bagus tetapi model yang kurang berkesan tidak mampu berdaya saing
Sebagai contoh bisnes yang terkenal iaitu Netflix, tahukah anda Netflix sebenarnya bermula dengan menjual DVD saja. Kemudian Netflix pivot bisnes mereka kepada menjual livestreaming. Di sini Netflix tidak mempunyai sentimental issue untuk melakukan validasi bisnes model mereka. Harus diingatkan dunia bergerak pantas dan pasaran itu bersifat dinamik. Siapa yang tidak beradaptasi, akan ketinggalan. Dengan adanya bisnes model canvas kita akan tahu route bisnes kita bagaimana. Suatu masa nanti kita akan mengalami masalah yang sukar diselesaikan percayalah kembali kepada bisnes model canvas.
3 – Faham bagimana pemasaran berfungsi
Pemasaran memang menjadi nadi dalam bisnes. Ada orang berpendapat semakin banyak kita laburkan untuk marketing lebih bagus. Sebenarnya ada betul dan kurang tepat di situ, kerana perkara yang lebih penting adalah effiency. Buku Traction tulisan memperincikan pemilihan pelanggan lebih penting berbanding perkara lain. Adapun begitu, pemasaran mempunyai 2 perkara asas iaitu pull marketing and push marketing, ini diterangkan ringkas dalam teori marketing yang umum.
Push marketing: Push marketing secara mudahnya pemasaran bersifat agresif dan direct menjual. Contohnya direct selling, direct response, semuanya bersifat memburu pelanggan.
Pull marketing: Berbanding push marketing, pull lebih tenang dengan membiarkan pelanggan mencari kita. Contoh channel yang mudah adalah SEO, Google Ads.Tertakluk kepada bisnes kita yang mana lebih sesuai dan lihat pula kepada bajet. Mengikut cadangan kami, bajet pemasaran biasanya harus 3 kali ganda berbanding modal mengeluarkan produk. Jangan sesekali inginkan perkara yang diluar jangkaan,elok bandingkan dengan kapasiti produk yang kita ada untuk pasarkan.
4 – Mempunyai pasukan yang mantap
Sewaktu Apple ditubuhkan, perkara pertama yang dilakukan Steve Jobs adalah mencari seorang genius dalam product design. Sparring partner beliau tak lain tak bukan adalah Steve Wozniak. Bermula dari situ, Apple yang dalam keadaan rugi kembali menjadi sebuah syarikat gergasi menjana nilai billion. Bercerita tentang kekayaan yang luarbiasa, sudah tentu perkataan yang sedap didengar dek telinga, tetapi pada skala kita sebagai SME, tim yang bagus adalah satu rahmat yang besar. Dengan sikap agressif dan hustle serta pemikiran yang bagus, biasanya syarikat tersebut akan membangun dengan bagus.
Selain itu, hal yang penting juga adalah bagaimana untuk memaksimakan keuntungan jualan produk. Jika perasan situasi sekarang, majoriti pengasas syarikat boleh memaksimalkan jualan mereka dengan menggunakan sistem agent stokis. Ramai orang telah pun kaya raya dengan sistem ejen, lihat founder tempatan pun sudah cukup ramai yang kaya tanpa kami sebut nama mereka. Sistem begini memudahkan orang ramai mendapatkan produk di mana saja direct on hand berbanding harus menunggu pemesanan di website. Tahukah anda, menggunakan sistem ejen menjadikan produk anda lebih laris dan pantas dikomersilkan berbanding menjualnya secara peruncitan. Akan tetapi, ada beberapa perkara perlu kita pastikan.
Yang pertama, produk yang benar benar berkesan atau kita panggil killer product. Kalau tuan puan nak jual produk placebo pun boleh, tapi percayalah ia takkan lamadan permainan ini mengambil jangkamasa yang panjang. Harus sabar dan membina jenama dengan baik, jadi dengan menggunakan sistem ejen stokis, kalian mempunya kapasiti yang mencukupi untuk menguruskan ejen dengan baik. Jika tuan puan sedang mencari sistem pengurusan ejen yang mantap, amat disyorkan untuk baca artikel dengan ketik di sini.