Cara HQ Submit Order

Di dalam sistem BOSS, kita menyediakan fungsi untuk HQ sendiri boleh membuat tempahan. Namun begitu, HQ hanya boleh membuat tempahan mewakili ahli nya sahaja. Tujuan fungsi ini adalah untuk membantu ahli-ahli yang mengalami masalah seperti hilang connection internet sewaktu nak submit order dan lain-lain hal.

Dalam sistem BOSS anda, pihak HQ boleh melakukan order secara manual. Pada halaman Submit Order sila klik pada bahagian Select User untuk memilih user dan pada bahagian Select Product pilih produk yang ingin anda lakukan order secara manual. Kemudian pada bahagian Quantity, masukkan bilangan kuantiti untuk order tersebut dan klik pada butang Add.

manual order 1 scaled

Selepas anda menekan butang Add, produk tersebut akan ditambahkan di bahagian bawah di mana anda seterusnya boleh memilih kaedah pembayaran di bahagian PAYMENT METHOD dan kaedah penghantaran di bahagian SHIPPING PROVIDER.

manual order 2 scaled

Perlu diingatkan bahawa kaedah penghantaran adalah berbeza untuk setiap kaedah pembayaran di mana untuk pembayaran COD contohnya, hanya boleh menggunakan kaedah penghantaran Ninja Van dan juga DHL eCommerce sahaja.

manual order 3 scaled

Untuk lain-lain kaedah pembayaran, terdapat lebih banyak kaedah penghantaran boleh dipilih.

Kemudian di bahagian berikutnya, anda boleh memasukkan maklumat pembeli tersebut.

manual order 4 scaled

Jika pembeli tersebut merupakan pernah membeli produk anda sebelum ini, klik pada butang SMART CUSTOMER dan hanya masukkan no telefon pembeli tersebut untuk memasukkan maklumat-maklumat lain secara automatik.

manual order 5 scaled

Anda juga boleh memasukkan maklumat pembeli secara mudah dengan menekan butang SMART ENTRY dan mengisi maklumat pembeli mengikut format dalam gambar di atas.

manual order 6

Kemudian pada bahagian bawah sekali, anda akan dapat melihat jumlah harga yang akan dikenakan kepada pembeli termasuk GST, Shipping Charge, COD Charge dan juga FPX Charge seperti yang telah anda tetapkan dalam sistem BOSS anda.

Selain itu, jika anda ingin memberikan diskaun kepada pembeli, anda boleh masukkan Coupon Code di bahagian atas sekali dan jumlah diskaun tersebut akan dipaparkan

Akhir sekali, klik pada butang Submit Your Order untuk menambah pesanan tersebut.

Anda juga boleh menonton video di bawah untuk maklumat lanjut:-

Bacaan Lain Untuk Anda