Di dalam sistem BOSS, anda boleh menghasilkan report untuk semua transaksi yang berlaku di dalam sistem dengan mengikuti langkah-langkah berikut.
Pertama sekali, pergi ke menu Reports dan tetapkan pilihan seperti di bawah.
Select User – pilih user yang tertentu atau pilih Any User untuk semua user.
Select Products – pilih produk yang tertentu atau pilih Any Products untuk semua produk.
Order Status – pilih status order tertentu atau pilih Any Status untuk semua status order.
Payment Status – pilih status pembayaran paid atau unpaid atau pilih Any Status untuk semua status pembayaran.
Payment Method – pilih kaedah bayaran tertentu atau pilih Any Payment untuk semua kaedah pembayaran.
Shipping Method – pilih kaedah penghantaran tertentu atau pilih Any Shipping untuk semua kaedah penghantaran.
Date From – tarikh permulaan transaksi
Date To – tarikh akhir transaksi
Selepas anda selesai menetapkan pilihan di atas, klik butang Generate Report untuk menghasilkan report transaksi yang akan dipaparkan di bahagian Detail Reports seperti di bawah.