Cara Untuk Melihat Semua Langganan

Anda boleh melihat semua langganan produk BOSS dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

Pertama sekali, log masuk ke akaun anda di My Account dan pergi ke menu Subscriptions. Anda akan dibawakan ke halaman seperti imej di bawah.

cara untuk melihat semua langganan

Subsription – nombor id langganan

Status – Active, Pending Cancellation atau Cancelled

Next Payment – tarikh bayaran seterusnya

Total – jumlah harga langganan tersebut

Apabila anda klik butang View, anda akan dapat melihat dengan lebih lengkap maklumat langganan tersebut.

cara untuk melihat semua langganan 1

Untuk langganan dengan status Cancelled, terdapat butang Resubscribe untuk anda melanggan semula produk tersebut.

cara untuk melihat semua langganan 2

Dan untuk langganan yang aktif, terdapat butang Cancel untuk anda membatalkan langganan tersebut, butang Change Payment untuk menukar kaedah pembayaran dan butang Renew Now untuk memperbaharui langgan tersebut sekarang sebelum tarikh bayaran seterusnya.

 

Bacaan Lain Untuk Anda