Di dalam tutorial ini, kami akan kongsikan cara untuk HQ urus order ahli bermula daripada terima order sehingga print airwaybill untuk urusan packaging.
Berikut adalah senarai status menu Orders yang terdapat di dalam sistem:-
New
New Order adalah tempat semua order yang baru ditambah ke dalam sistem. Order yang terdapat di sini sama ada di isi manual oleh ahli atau order yang datang dari integrasi Woocommerce dan Shoppegram. Order di ruangan ini perlu disahkan (approve) atau reject terlebih dahulu oleh HQ untuk memastikan order yang betul sahaja akan diproses.
Pending
Pending order adalah tempat semua order yang disahkan tersenarai. Di bahagian ini HQ perlu menghantar semua order ke sistem kurier dengan hanya beberapa klik sahaja.
Pending COD
Pending COD adalah menu yang menyenaraikan semua order yang berstatus COD sahaja. Ini bermaksud order ini belum di bayar oleh pelanggan, dan penjual belum mendapat komisen. Penjual akan mendapat komisen setelah barang tersebut diterima dan dibayar oleh pelanggan di dalam sistem kurier. Jika barang tersebut gagal diterima pelanggan, cas kos postage dan COD akan dikenakan kepada penjual.
Completed
Completed adalah menu yang akan menyenaraikan semua order yang berstatus bukan COD sahaja. Bermaksud order ini telah dibayar oleh pelanggan, dan penjual akan mendapat komisen setelah order tersebut di approve oleh HQ
Returned
Returned adalah menu yang menyenaraikan semua order yang gagal dihantar kepada pelanggan jika order tersebut berstatus COD.
Rejected
Rejected adalah menu yang menyenaraikan semua order yang direject oleh HQ dari status New Order.
Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut