4 Cara Memilih Produk Untuk Dijual Secara Online

Bila Covid-19 melanda, ramai yang mula beralih untuk lakukan perniagaan secara online dan mencari produk sesuai untuk dijual. Mana tidaknya, hampir sepanjang hari kita berada di rumah kita hanya dibenarkan untuk lakukan pembelian secara online.

Sejak dari tu, lebih banyak perniagaan sedia ada yang mula beralih arah dengan mendigitalkan perniagaan mereka. Bukan setakat tu, lebih ramai juga yang mula berjinak-jinak untuk menjual secara online untuk dapatkan pendapatan sampingan atau duit tepi.

Cara Memilih Produk Untuk Dijual

Tapi sebelum nak menjual online, memang pening juga bila fikir tentang produk apa yang boleh dijual online. Bukan senang nak pilih produk sebenarnya. Ada produk yang viral untuk dijual, tapi bila habis musim viral tu, maka perniagaan akan jadi sendu.

Jadi, sangat penting untuk fikir dulu produk apa yang sesuai untuk dijual supaya perniagaan kita dapat diteruskan. Disini kami akan berikan tips berkenaan cara memilih produk untuk dijual bagi memudahkan anda.

1. Kenalpasti produk dan servis yang dapat menyelesaikan masalah

Jika anda masih mencari-cari berkenaan produk yang hendak dijual, apa kata anda cari produk yang dapat selesaikan masalah yang berada di sekitar anda.

Caranya, anda perlu kenalpasti apa masalah yang berlaku di sekitar anda. Kemudian, anda cari pula solusi bagi mengatasi masalah tersebut.

Produk atau servis anda tidak semestinya perlu terlalu gah. Sebagai contoh, baju tanpa gosok antara produk yang dapat selesaikan masalah pelanggan.

Masalah: rasa malas untuk menggosok baju

Penyelesaian: hadirnya baju tanpa gosok yang sedia untuk dipakai

Produk anda boleh merangkumi beberapa faktor seperti:

  • produk baru yang telah ditambahbaik
  • barangan yang masih belum mempunyai pesaing atau competitor
  • produk yang unik dan masih belum diterokai orang lain

Pada tahun 2017, saya berjaya membuat pendapatan tambahan sebanyak RM7,500 sebulan dengan menyelesaikan masalah cikgu yang suara tak kuat. Anda boleh tonton video di bawah ceritanya.

 

2. Jual produk yang anda dan orang lain sangat sukai

Apa kata, anda jual apa sahaja produk yang anda sukai. Siapa je yang nak jual produk yang dia sendiri tak suka, kan?

Realiti dunia bisnes tak seperti yang kita lihat. Memang nampak mewah dan glamor, tapi banyak masa dan tenaga yang dihabiskan.

Dengan menjual sesuatu yang kita sendiri sukai, setidaknya kita akan rasa lebih bersemangat untuk beritahu orang lain berkenaan kelebihan produk tersebut.

Jika kita lihat semula bisnes yang sedia ada, kita dapat bezakan penjual yang hanya sekadar menjual atau penjual yang menjual dan minat dengan apa yang dijual.

Jika anda benar-benar rasa connected dengan produk anda sendiri, bakal pelanggan akan dapat merasakan perkara yang sama. Ini dapat membuatkan anda lebih stand out berbanding competitor.

3. Cari produk yang sesuai untuk dibuat branding

Ramai yang cakap berkenaan branding. Tapi apa sebenarnya maksud branding tu?

Branding atau penjenamaan produk dengan kata mudah bermaksud anda buatkan jenama anda dikenali menggunakan satu nama.

Sebagai contoh jika kita sebut berkenaan baju tanpa gosok. Mesti anda akan ingat beberapa nama brand kan?

Itulah sebenarnya kepentingan branding. Untuk buatkan produk anda dikenali walaupun ada banyak lagi jenama lain di pasaran.

Sebelum melakukan branding, anda juga perlu kenalpasti dulu siapa pelanggan anda dan apa yang mereka mahukan. Anda perlu bercakap dengan bakal pelanggan yang mampu membuatkan mereka membeli dari anda dan datang semula sebagai repeat buyer.

Secara ringkasnya, anda dapat membuatkan pelanggan loyal atau setia dengan produk anda.

Sebelum lakukan branding, anda perlu tahu jawapan kepada beberapa soalan seperti:

  • bagaimana cara untuk marketkan produk anda
  • siapa pelanggan anda dan bagaimana mereka rasa selesa dengan produk anda
  • apa yang membuatkan bakal pelanggan rasa dekat dengan produk anda

Jika anda mempunyai produk dan produk tersebut tidak mampu membuatkan pelanggan dekat dengan jenama anda, jadi apa sebenarnya fungsi branding? Sebab itu, anda memang perlu benar-benar kenalpasti siapa pelanggan anda dan apa yang mereka sukai.

4. Jadi antara yang terawal masuk ke dalam trend

Anda perlu ambil peluang jika ingin berjaya di dalam bisnes.

Caranya, anda perlu sentiasa alert dengan trend terkini dan menjadi yang terawal memonopoli trend tersebut sebelum ramai yang mula sedar dengan peluang yang ada.

Sebagai pemilik small bisnes, masuk ke dalam trend di fasa yang paling awal dapat berikan banyak kelebihan berbanding orang lain. Mana tidaknya, anda mempunyai peluang untuk mempunyai SEO keyword sendiri yang masih belum diwujudkan orang lain.

Sebagai contoh, antara produk yang datang mengikut trend seperti choco jar. Cuba anda lihat, berapa banyak jenama yang ada di pasaran sekarang. Choco jar ni boleh dikatakan antara produk makanan viral yang dapat permintaan tinggi pada masa sekarang.

Terdapat beberapa jenama yang stand out disebabkan mereka antara yang terawal masuk ke dalam pasaran dan diikuti oleh pemilik small bisnes yang lain.

Contoh produk yang sesuai dijual online

Kami senaraikan list produk yang sesuai dijual online

  1. Snek sihat yang senang dimakan
  2. Surprise box untuk yang tersayang
  3. Cincin untuk lelaki dan perempuan
  4. Journal, notebook dan planner
  5. Barangan untuk haiwan peliharaan
  6. Pakaian kanak-kanak
  7. Mainan anak-anak kecil
  8. Essential oil
  9. Bedding set
  10. Produk melibatkan safe care

Dengan senarai yang kami berikan diatas, anda boleh dalami lagi produk yang sesuai dijual. Sebagai contoh, mainan anak-anak kecil. Mungkin, anda boleh jual mainan anak-anak kecil yang sesuai bagi fasa umur 3 tahun ke bawah.

Melalui cara ini, anda dapat spesifikkan lagi target market bagi pelanggan anda dan beri ibu-bapa mereka awareness berkenaan kepentingan memberikan mainan yang sesuai.

Kesimpulan

Mencari produk untuk dijual merupakan langkah yang sangat penting untuk pastikan bisnes anda berkekalan untuk tahun seterusnya. Dengan itu, anda perlu kenalpasti siapa bakal pelanggan anda dan apa yang mereka sukai.

Dengan cara ini, makin mudah untuk anda lakukan awareness dan iklan bagi menarik mereka untuk membeli produk jualan anda.

Bacaan Lain Untuk Anda