5 Sebab Pelanggan Tidak Berminat Dengan Produk Anda

Sekiranya anda pernah menjadi seorang penjual produk sama ada pengasas produk, agen atau dropshipper, kami yakin anda pasti mengalami rejection di mana produk anda ditolak oleh para pelanggan. Malah perkara ini, sudah menjadi lumrah dalam dunia keusahawanan. Dalam pada itu, peratusan potensi pembeli yang menolak produk yang kita iklankan dapat dikurangkan dalam mengetahui teknik yang betul menerusi pembelajaran punca-punca potensi pembeli tidak berminat atau tidak jadi membeli dengan anda. Berikut merupakan 5 sebab utama orang ramai tidak berminat membeli produk yang dijual oleh anda.

#1 USP produk yang lemah

Sekiranya anda meletakkan diri anda sebagai pelanggan, sudah pastinya anda mahu mendapatkan produk yang meyelesaikan masalah serta berkesan dan berbaloi. Agak mustahil untuk seseorang pelanggan mendapatkan produk yang tidak berbaloi dan tidak berkesan.

Oleh yang demikian, sebagai penjual, anda haruslah membuat kajian terlebih dahulu produk manakah yang mempunyai permintaan yang tinggi serta mempunyai unique selling point (USP) yang kuat. Hal ini pastinya dapat membantu anda, malah mungkin produk tersebut dapat dijual dengan sendirinya sekiranya sudah mulai dikenali berikutan USP produk yang kuat dalam menyelesaikan masalah pelanggan.

#2 Kurang mengenali produk yang dijual

Pembeli mahukan keyakinan. Oleh yang demikian, anda sebagai penjual haruslah kenal dengan produk anda agar setiap pertanyaan daripada para pelanggan dapat dijawab sekaligus menunjukkan anda sendiri yakin dengan produk yang dijual.

Keyakinan anda memain peranan penting semasa proses penjualan dibuat yang secara tidak langsung membuatkan para pelanggan sudi untuk berbelanja untuk mendapatkan produk yang ditawarkan.

#3 Terlalu mendesak pelanggan

Pernahkah anda mengalami situasi di mana didesak penjual. Pastinya anda berasa tidak selesa bukan? Lebih-lebih lagi sekiranya pihak penjual yang bertegur anda dalam menyuruh anda mendapatkan produk yang dijual.

Begitu juga dengan menjadi pemjual. Anda haruslah sekadar mempromosikan produk secara santai dan sedia menjawab pertanyaan pelanggan. Menawarkan tawaran menarik seperti penyertaan diskaun atau hadiah percuma antara teknik yang boleh dicuba dalam menarik perhatian pelanggan untuk membuat pembelian.

#4 Memberi layanan yang tidak sepatutnya.

Sebagai penjual, anda haruslah bersedia dengan karenah pelanggan yang pelbagai. Tidak semua pelanggan boleh dilabel sebagai ‘pelanggan dari Syurga’ yang terus bertanyakan mengenai produk dan membuat bayaran secara pantas.

Oleh itu, para penjual haruslah bersiap sedia dan melayari pelbagai jenis pelanggan termasuk mereka yang kerap bertanyakan soalan. Para penjual haruslah memberi layanan yang baik dan terus menjawab soalan meskipun mereka masih belum membuat pembayaran pada ketika itu.

Tidak mustahil sekiranya servis yang baik diberikan, pelanggan berkenaan mungkin membuat pembayaran apabila beliau bersedia untuk mendapatkannya.

#5 Kekurangan testimoni yang meyakinkan

Pelanggan membeli sesebuah produk kerana yakin produk berkenaan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam pada itu, agak sukar proses penjualan berlaku sekiranya pelanggan berkenaan tidak yakin atau kurang yakin dengan produk yang didapatkan.

Di sinilah para penjual haruslah mahir menunjukkan testimoni agar pelanggan lebih yakin untuk mendapatkan sesebuah produk daripada anda. Tidak hanya testimoni bergambar, anda juga boleh jadikan diri anda sebagai testimoni sekiranya anda sudah mencuba produk berkenaan.

Ini merupakan perkongsian serba ringkas cara-cara untuk mengelakkan daripada pelanggan tidak membeli daripada anda. Harus diingat seni menjual produk baik secara offline atau online juga merupakan sebuah skil. Oleh itu, para penjual haruslah sentiasa meningkatkan skil menjual agar peratusan para pelanggan yang berminat untuk mendapatkan produk yang dijual meningkat. Jika tuan puan ingin mengetahui cara membina sistem ejen yang mantap, boleh terus ketik di sini untuk bacaan.

Bacaan Lain Untuk Anda