Apa strategi pemasaran anda pada tahun 2023 ini? Adakah strategi anda betul-betul relevan pada 2023 atau sudah ketinggalan zaman? Pada zaman hampir semua syarikat dah buat content marketing dan paid ads, adalah penting untuk cepat menyesuaikan diri dengan trend-trend baharu dalam strategi pemasaran.
Ini kerana jika anda tak buat, besar kemungkinan pesaing anda dah buat dan akan terus meninggalkan anda di belakang!
2023 membuka tirai dengan ketidaktentuan ekonomi ekoran kadar inflasi yang semakin meningkat ke paras pra-pandemik. Ini menyebabkan banyak syarikat teknologi seluruh dunia mula memecat ratusan ke ribuan staf dalam usaha untuk ‘mengawal ketidaktentuan ekonomi pada 2023’.
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) teks-ke-teks, teks-ke-video dan teks-ke-audio pada lewat 2022 pula menyebabkan semakin banyak syarikat beralih kepada teknologi AI untuk menggantikan kerja 4-5 staf.
Jadi adalah penting untuk anda, sebagai usahawan dan pemilik perniagaan, untuk mengikuti perkembangan trend pemasaran dan strategi-strategi yang sedang digunakan oleh banyak syarikat pada 2023 ini.
Senarai kandungan
- Influencer marketing akan menjadi strategi pemasaran wajib
- Video akan jadikan pendek-pendek
- Akaun media sosial akan menjadi saluran customer service
- Lebih banyak jenama akan guna SEO untuk dapatkan trafik carian
- Optimasi mobile akan jadi sangat penting
- Lebih banyak syarikat akan utamakan tanggungjawab sosial
- Tim marketing dan jualan yang sehaluan akan menang
- Experiential marketing akan kembali
- Inbound marketing masih relevan
- Funnel digantikan dengan flywheel
- Native ads akan jadi keutamaan
1. Influencer marketing akan menjadi strategi pemasaran wajib
Kenapa?
Peningkatan keyakinan terhadap influencer: Ketika pengguna terus bergantung kepada reviu dan ulasan produk di media sosial, fungsi influencer untuk meningkatkan kesedaran jenama anda, memberi keyakinan dan kredibiliti jenama anda serta mempengaruhi keputusan audiens untuk membeli menjadi sangat penting.
Jangkauan sasaran audiens: Influencer marketing membolehkan jenama anda untuk mencapai audiens yang dikehendaki melalui pengikut influencer. Ini jauh lebih berkesan berbanding kaedah pengiklanan tradisional yang mungkin boleh menjangkaui audiens yang lebih ramai tetapi tahap engagement yang rendah.
Menjimatkan kos: Berkolaborasi dengan influencer terbukti lebih menjimatkan kos berbanding kaedah pengiklanan tradisional kerana anda boleh berbincang kadar bayarannya dengan influencer. Terlalu mahal? Anda sentiasa mempunyai pilihan berkolaborasi dengan micro-influencer yang lebih murah.
ROI yang lebih baik: Pemasaran influencer telah terbukti mempunyai pulangan pelaburan yang lebih tinggi berbanding kaedah pengiklanan tradisional.
Trend micro-influencer: Kajian menunjukkan semakin banyak jenama mula mendekati micro-influencers berbanding influencer besar kerana micro influencer jauh lebih mesra dan rapat dengan audiens mereka. Mereka mempunyai lebih banyak masa untuk menjawab komen audiens dan lebih cenderung membuat content yang lebih personalised.
Keaslian: Pemasaran influencer dilihat sebagai lebih asli, kerana ia berdasarkan cadangan peribadi dan testimoni, yang boleh lebih berkesan dalam meyakinkan pengguna untuk membuat pembelian.
Evolusi media sosial: Evolusi platform media sosial yang sentiasa mengembangkan ciri-ciri baru telah memudahkan pemilik jenama seperti anda untuk berhubung dengan influencer.
2. Video akan jadikan pendek-pendek
Mahu strategi pemasaran video anda menjadi pada 2023? Pendekkan durasi video anda kerana:
Tempoh tumpuan pendek: Purata tempoh tumpuan pengguna Internet sekarang semakin pendek seiring dengan peningkatan populariti platform video pendek seperti TikTok, Instagram Reels dan YouTube Shorts. Video pendek akan membuatkan jenama anda senang menarik perhatian audiens dari mula sampai habis video.
Mesra mobile: Memandangkan majoriti pengguna Internet sekarang suka tengok video pendek, video anda perlu dioptimasi sebaiknya untuk memberi pengalaman mobile yang terbaik di skrin kecil dan masa menonton yang semakin pendek. Antara strateginya: buat video bersaiz 9:16, vertical dan dilengkapi sari kata.
Tetapan platform media sosial: Kebanyakan platform media sosial sekarang mempunyai had masa untuk video. Instagram Reels contohnya mengehadkan kandungan video kepada 90 saat. Facebook Reels dan YouTube Shorts pula 60 saat.
Menjimatkan kos: Kos penghasilan video pendek jauh lebih menjimatkan duit dan masa. Konsistensi penghasilan video akan menjadi metrik paling penting kejayaan content marketing anda.
Budaya ‘snek video’: Trend ‘snek video’ akan menjadi kebiasaan, apabila video pendek sudah mula diaplikasikan untuk content demo produk, unboxing, tutorial dan storytelling.
Ketagihan dopamin: Kebanyakan pengguna Internet sekarang mahukan ‘suntikan dopamin’ cepat yang hanya boleh diperolehi dengan menonton video pendek. Mereka akan mendapatkan dopamin ini dengan menonton video pendek semasa waktu rehat yang pendek atau semasa menunggu sesuatu.
3. Akaun media sosial akan menjadi saluran customer service
Perasan tak masa respons staf customer service jenama besar jauh lebih pantas di akaun media sosial berbanding di email? Ini kerana:
Mudah digunakan: Platform media sosial mudah diakses dan digunakan secara meluas. Ini membuatkannya saluran paling mudah bagi pelanggan untuk menghubungi anda untuk mendapatkan bantuan.
Tindak balas segera: Media sosial membolehkan komunikasi dalam masa sebenar, memberikan pelanggan kemampuan untuk menerima tindak balas segera terhadap pertanyaan mereka. Ini membantu meningkatkan kepuasan pelanggan.
Menjimatkan kos: Media sosial membolehkan anda menyelesaikan masalah pelanggan melalui satu platform sahaja. Ini juga mengurangkan keperluan anda untuk menggaji staf customer service.
Reputasi jenama: Syarikat yang mempunyai pantas menjawab soalan dan komen pelanggan boleh menunjukkan kecemerlangan prestasi customer service mereka di akaun media sosial. Ini boleh meningkatkan kredibiliti dan kebolehpercayaan jenama anda.
Servis boleh disesuaikan: Platform media sosial biasanya mempunyai teknologi yang membolehkan jenama menganalisis audiens dan pelanggan mereka dengan terperinci. Ini membolehkan anda lebih mengenali pelanggan untuk memberi pengalaman customer service yang lebih sesuai.
Integrasi multichannel: Platform media sosial biasanya boleh diintegrasikan dengan aset syarikat lain seperti laman web dan perisian CRM lain. Ini membolehkan audiens anda mendapat pengalaman menyeluruh ketika berurusan dengan jenama anda.
Boleh diautomasikan: Platform media sosial juga boleh digunakan untuk menyediakan pilihan perkhidmatan layan sendiri seperti FAQ dan tutorial. Ini membolehkan pelanggan mencari jawapan kepada pertanyaan mereka tanpa bantuan staf anda.
4. Lebih banyak jenama akan guna SEO untuk dapatkan trafik carian
SEO sebagai strategi pemasaran mungkin kedengaran lapuk. Tetapi ia tetap relevan kerana:
Persaingan online meningkat: Boleh dikatakan semua bisnes ada online presence sekarang. Maka persaingan untuk trafik carian juga akan meningkat. SEO akan menjadi strategi penting jika anda nak menyerlah daripada ribuan pesaing anda dan menarik bakal pelanggan.
Kepentingan carian organik: Keputusan carian organik, yang dicapai melalui SEO, jauh lebih dipercayai audiens berbanding keputusan carian berbayar. Apabila SEO anda bagus dan relevan, content anda akan tersenarai di halaman pertama carian. Ini akan meningkatkan visibiliti dan kredibiliti jenama anda.
Menjimatkan kos: Tak dinafikan SEO membolehkan jenama anda mendapat visibiliti tanpa memakan sesen pun bajet marketing anda. Cuma SEO memerlukan masa untuk mendapat hasilnya.
Mesra pengguna: SEO yang baik terhasil melalui masa loading laman web yang cepat, kekemasan susunan content di laman web dan user experience yang terbaik di laman web. Laman web yang mesra pengguna akan menang SEO.
Menyelesaikan masalah audiens: Peningkatan carian suara dan penggunaan AI akan membuatkan SEO semakin relevan. Terutamanya SEO yang menggunakan kata kunci panjang dan laman web yang dioptimasi untuk carian bersifat lokal.
Penyelesaian jangka masa panjang: Berbanding carian berbayar, SEO lebih bersifat jangka masa panjang. Sebaik sahaja content anda tersenarai awal untuk sesuatu kata kunci carian popular, anda akan mendapat trafik banyak yang berterusan – tanpa sesen pun.
5. Optimasi mobile akan jadi sangat penting
Pada zaman sekarang, di mana telefon pintar sudah menjadi lebih berkuasa daripada laptop, optimasi mobile adalah satu kemestian.
Penggunaan mobile akan terus meningkat: Pada tahun 2023, dijangkakan pengguna gajet mobile akan melangkaui 75%. Ini bermakna anda wajib mengoptimasi laman web anda supaya mesra mobile untuk memberikan pengalaman terbaik kepada majoriti pengguna anda.
Dasar index Google: Google telah melaksanakan dasar ‘mobile-first’ dalam indeks carian mereka. Ini bermakna versi mobile laman web akan dijadikan versi utama untuk pengindeksan carian dan ranking carian. Laman web yang tidak mesra mobile tidak akan tersenarai dalam halaman pertama carian Google.
Pengalaman pengguna: Optimasi mobile sangat penting untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Pengguna nak tengok laman web yang laju loading time-nya dan mudah dinavigasi di peranti mobile.
Local SEO: Optimasi mobile sangat penting dalam Local SEO. Adalah penting untuk anda memastikan laman web anda mesra mobile supaya senang pengguna nak cari lokasi, nombor telefon, email dan reviu.
Carian suara: Seiring dengan populariti Siri dan Alexa, carian suara juga akan menjadi mod carian utama pengguna Internet. Dengan mengoptimasi laman web anda supaya menjadi mesra mobile, bisnes anda akan mudah tersenarai dalam carian suara yang biasanya bersifat lokal.
Menjimatkan kos: Menjadikan laman web anda mesra mobile jauh lebih murah daripada membuat aplikasi mobile berasingan.
6. Lebih banyak syarikat akan utamakan tanggungjawab sosial
Zaman syarikat hanya buat tanggungjawab sosial untuk elak cukai telah berlalu. Kini semakin banyak pengguna sekarang semakin cakna dengan impak produk yang mereka beli kepada alam sekitar dan etika kemanusiaan.
Kelebihan kompetitif: Syarikat yang menunjukkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial akan dilihat sebagai syarikat yang boleh dipercayai dan beretika tinggi – dua nilai yang sangat diutamakan pengguna sekarang.
Mengekalkan staf: Pada zaman staf sekarang yang cakna dengan hak-hak mereka, syarikat yang bertanggungjawab secara sosial mempunyai peluang tinggi untuk mengekalkan staf terbaik mereka.
Mematuhi undang-undang: Semakin banyak negara sudah dan akan melaksanakan undang-undang ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus). Mengutamakan tanggungjawab sosial kini satu kemestian, bukan kelebihan semata-mata.
Inovasi: Mengutamakan tanggungjawab sosial mampu menggalakkan syarikat untuk berinovasi. Syarikat yang melabur untuk mencari kaedah bisnes yang mesra alam dan beretika tinggi akan menang pada zaman ini.
7. Tim marketing dan jualan yang sehaluan akan menang
Percaya atau tidak di kebanyakan syarikat, masih banyak tim marketing tidak mendapat data dari tim sales dan sebaliknya. Adalah penting bagi tim marketing dan sales untuk bekerja sehaluan bermula hari ini kerana objektif dua tim ini sama: menjana pendapatan syarikat.
Memperbaiki lead generation: Apabila tim marketing dan sales bekerjasama, syarikat akan mudah mendapat leads. Tim marketing akan buat kempen iklan, tim sales akan mendekati leads dari iklan untuk mendapat sales.
Perkongsian data: Tim marketing memerlukan data dari tim sales untuk mencipta content yang berkesan dalam kempen iklan. Tim sales pula memerlukan data dari tim marketing untuk menyasarkan kempen iklan ke audiens yang betul. Kedua-dua tim ini perlu berkongsi data jika syarikat mahu berjaya.
Jualan meningkat: Apabila kedua-dua tim mendapat data betul untuk menghasilkan kempen yang berkesan, maka jualan syarikat juga akan meningkat. Dalam pada masa yang sama juga, kos ‘try and error’ kempen iklan juga dapat direndahkan apabila kedua-dua tim sehaluan.
8. Experiential marketing akan kembali
Experiential marketing adalah satu cabang marketing di mana syarikat cuba cipta pengalaman unik kepada pengguna. Contohnya kalau dulu syarikat akan suruh pengguna beli produk mereka, sekarang mereka akan bagi pengguna pegang, rasa atau lihat produk mereka menggunakan teknologi augmented reality (realiti terimbuh) atau virtual reality (realiti maya).
Experiential marketing mula mendapat perhatian pada 2018 sebelum pertumbuhannya direncat oleh pandemik COVID-19. Dengan pandemik yang kini telah berakhir, era marketing menggunakan teknologi AR/VR akan kembali.
Permintaan tinggi: Syarikat yang mencipta pengalaman unik kepada pengguna akan lebih menyerlah berbanding pesaing yang menggunakan kaedah marketing tradisional.
Kelesuan digital semakin tinggi: Era marketing menggunakan template poster media sosial biasa telah berakhir. Pengguna kini semakin bosan. Marketing menggunakan teknologi AR/VR membolehkan syarikat memecah ‘kelesuan digital’ yang dialami pengguna sekarang.
9. Inbound marketing masih relevan dalam strategi pemasaran
Walaupun teknologi experiential marketing sedang meningkat, tidak bermakna inbound marketing (buat content yang tidak menjual) sudah tidak relevan. Ya, fenomena kelesuan digital sudah dirasai apabila pengguna tidak lagi teruja melihat semua content anda. Tetapi ia hanya bermakna anda perlu menukar strategi inbound marketing anda.
Bagaimana caranya? Dengan membuat content yang sangat spesifik untuk satu persona pengguna sahaja.
Pengguna masih ada masalah: Asas menjual adalah menyelesaikan masalah pengguna. Selagi content anda menyelesaikan masalah pengguna dalam bentuk poster, video atau artikel, inbound marketing masih perlu dilakukan.
Kos rendah: Berbanding kaedah marketing tradisional seperti iklan TV/billboard/radio, inbound marketing masih kaedah marketing paling murah. Apatah lagi apabila pelbagai platform kecerdasan buatan (AI) kini boleh menjimatkan kos membuat content.
10. Funnel digantikan dengan wheel dalam strategi pemasaran
Dalam zaman di mana testimoni pengguna adalah segala-galanya, marketing funnel mungkin sudah tidak relevan. Dalam marketing funnel yang biasa, pengguna berada di hujung funnel.
Dalam marketing wheel, pengguna berada di tengah-tengah. Memandangkan testimoni pengguna sangat penting zaman sekarang, membuatkan mereka gembira adalah satu strategi. Ini memberi satu penekanan sangat tinggi kepada tahap perkhidmatan pelanggan syarikat.
Dalam marketing funnel, anda menghalakan strategi pemasaran ke arah bagaimana hendak mendapat pelanggan baharu. Tetapi dalam marketing wheel, anda menghalakan strategi pemasaran ke arah bagaimana hendak memastikan pelanggan pertama (kedua, ketiga dan seterusnya) gembira sehingga mempromosikan produk syarikat anda kepada orang lain.
11. Native ads akan jadi keutamaan strategi pemasaran
Bila syarikat anda membayar platform atau influencer untuk membuat content, bermakna anda buat native ads. Berbeza dengan iklan tradisional yang dicipta untuk menyerlah dan ‘menganggu’ (seperti iklan TV yang menganggu rancangan TV kegemaran anda), native ads dicipta untuk mempromosikan produk tanpa anda sedar.
Penggunaan ad blocker: Apabila semakin ramai pengguna telefon pintar menggunakan ad blocker, iklan tradisional menjadi semakin kurang efektif. Native ads membolehkan mesej iklan anda disampaikan tanpa dihalang ad blocker.
Mesej sampai: Native ads membolehkan pengguna menikmati content dan mesej iklan pada masa yang sama tanpa rasa diganggu. Contoh: mesej iklan akan sampai ke lebih ramai orang dengan menaja content YouTuber berbanding membeli slot iklan di YouTube.