3 Strategi Media Sosial Naikkan Bisnes Anda Dengan Kadar Segera

Sebut mengenai iklan produk atau menjual pasti tidak ramai yang menyukainya. Malah, ramai yang tidak memilih untuk tidak membaca atau menonton iklan di media sosial.

Dalam pada itu, tahukah anda orang ramai sering kali terpengaruh dengan iklan yang berjaya dikaitkan dengan masalah dihadapi mereka? Maksudnya, para pengiklan perlu kreatif dan mengetahui masalah yang ingin disentuh serta pada yang sama mahir mempromosikan produk agar orang ramai berminat untuk mendapatkan barangan berkenaan.

Teknik ‘mahal’ ini boleh dikatakan dapat diaplikasikan pada pelbagai bisnes. Tidak kira bisnes yang dijalankan secara offline atau online, mempromosikan produk media sosial sememangnya sudah menjadi suatu kewajipan berikutan trend orang ramai ketika ini yang banyak meluangkan masa di media sosial.

Pada kali ini, kami mahu kongsikan kepada anda 3 strategi yang perlu pemilik bisnes atau pegawai pemasaran bisnes kuasai dalam menarik perhatian pengguna di media sosial sekaligus meningkatkan angka jualan bisnes anda.

#1 Mula dengan memilih platform yang sesuai

Menerusi sosial media, kami yakin ramai yang sedia maklum dengan lambakan media sosial yang tersedia yang memfokuskan kepada penulisan, gambar dan video.

Perkara pertama yang perlu ada kenal pasti adalah memilih platform media sosial yang sesuai. Sekiranya anda mahir bercakap, menyunting video atau bisnes anda melibatkan gambar atau video mungkin platform Instagram atau TikTok antara yang sesuai menjadi pilihan.

Sekiranya anda mahir menulis atau bisnes anda lebih sesuai dikongsikan secara bertulis, mungkin Facebook yang wajar dijadikan pilihan.

Permulaan daripada sesebuah platform ini dipilih sebelum menjadi batu loncatan kepada platform media sosial yang lain.

#2 Perkenalkan bisnes anda secara ‘halus’

Seperti yang ramai sedia maklum, para pengguna media sosial jarang ingin menonton iklan. Oleh yang demikian, anda sebagai pemilik bisnes perlu kreatif dalam memberitahu orang ramai mengenai bisnes anda.

Tidak hanya menempel iklan semata-mata, anda juga boleh berkongsi kisah pelanggan atau rutin harian anda sebagai pemilik bisnes yang membuatkan pengguna media sosial kenal anda sekaligus mewujudkan kepercayaan terhadap bisnes yang dilakukan.

Sebagai contoh, sekiranya anda selaku pemilik bisnes cuci kereta, anda boleh hasilkan video ringkas perbezaan kereta yang sudah menjalani servis polish dan wax berbanding sebelumnya. Perkongsian-perkongsian ringkas ini sekaligus membuatkan para pelanggan yakin dengan bisnes anda sekaligus bakal menjadikan perniagaan ini sebagai pilihan sekiranya bakal melakukan servis yang ditawarkan kelak.

#3 Wujudkan hubungan dua hala bersama pengguna media sosial yang lain

Menariknya menerusi media sosial, anda juga dapat berinteraksi dengan pengguna-pengguna yang lain yang membuatkan anda mudah dihubungi pelanggan sekiranya hendak mendapatkan servis yang anda tawarkan. Para pelanggan tidak perlu lagi ke kedai untuk mengetahui sama ada kedai tersebut masih dibuka atau tidak sebaliknya boleh terus membuat temu janji bersama anda menerusi laman media sosial sahaja.

Sekiranya bisnes anda melibatkan penjualan produk, anda juga dapat manfaat fungsi Live yang tersedia pada platform media sosial untuk berinteraksi secara terus bersama pelanggan sekaligus membuatkan perniagaan anda dikenali ramai. Menjadi pakar dalam bidang yang anda usahakan pastinya membuatkan para pelanggan yakin dengan anda. Malah tidak mustahil gara-gara kenal di media sosial, pelanggan yang jauh juga sanggup mendapatkan servis daripada anda.

Ketahuilah membina pembaca atau peminat bisnes anda di media sosial sememangnya memakan masa. Walau bagaimanapun ia sangatlah berbaloi kerana memiliki jumlah follower yang tinggi membuatkan anda mudah untuk membuat promosi atau menwar-warkan bisnes tanpa perlu berbelanja besar dalam membuat iklan. Segala yang tip yang dikongsikan ini releven untuk mereka yang menjalani bisnes secara online dan offline. Oleh itu, manfaatkan penggunaan media sosial kerana platform-platform ini merupakan tempat orang ramai ‘berkumpul’.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana membangunkan sistem ejen dengan baik, jemput baca artikel ini yang dikupas dari teori Maslow.

Bacaan Lain Untuk Anda