Cara Menguruskan Ejen Dengan Teori Maslow

Urus ejen dengan berkesan bermula dengan cara kita memandu keinginan manusia. Sebenarnya ia satu seni psikologi yang menarik untuk dikaji. Lihat bagaimana orang yang ternama seperti Dale Carnagie, Nadella, Jobs dan ramai lagi mempengaruhi manusia. Sepertimana mereka, anda sebagai pemilik bisnes juga bijak memotivasi dan memandu mereka ke jalan sepatutnya. Ada pelbagai teori yang boleh digunakan untuk hal ini tetapi ada satu yang umum gunakan iaitu Maslow Hiercachy Theory.

Pada tahun 1943, Maslow seorang professor di Barat telah menemui dalam kajian beliau tentang piramida keperluan manusia. Dalam kajian tersebut beliau mendapati ada beberapa tahap yang manusia inginkan dalam kehidupan dan ianya berbeza atas setiap individu itu sendiri. Jika kita imbau kembali bagaimana ada syarikat yang menggunakan sistem MLM masih kekal berdaya saing di pasaran walaupun MLM sering dipandang sinis oleh sebahagian masyarakat?

maslow

Jawapannya adalah kerana syarikat tersebut fokus kepada keperluan ahli mereka dan mencari hot button mereka sendiri. Tidak dinafikan produk mereka bagus tetapi dengan memahami keperluan, mereka boleh terus merangka strategi untuk membawa ahli kearah milestone tertentu. Jadi ini penjelasan bagaimana anda boleh fokus kepada teori Maslow untuk

1 – Keperluan asas

Peringkat awal seseorang bersama anda, biasanya kerana perlukan wang tambahan untuk keluarga atau bahasa mudahnya menjana pendapatan lebihan iuntuk memenuhi kehendak peribadi. Ada yang ingin membeli membantu suami, ada yang ingin membeli perkakas elektrik Apa pun keinginan mereka, harus kita raikan kerana kehendak setiap orang berbeza-beza.

2 – Safety (Keselamatan)

Seterusnya adalah keselamatan (safety). Seperti orang lain, kita juga bekerja disebabkan ‘keselamatan’ itu sendiri. Jika tidak fikirkan keselamatan sendiri, kita pasti akan berfikir untuk keluarga. Maslow telah mengupas hal ini dan mendapati  bahawasanya mana mana orang sekali pun akan pergi ke posisi yang lebih selamat. Jadi untuk anda mengekalkan ejen dalam syarikat, ada beberapa tawaran boleh diketengahkan dalam KPI cendurung ke arah poin keselamatan. Contohnya, komisen berterusan selama X bulan jika anda berjaya merekrut Y ejen. Dari situ semua orang akan bekerja dan memastikan target dicapai, sebab itu dikatakan untuk kita berjaya kita harus pastikan orang lain berjaya terlebih dahulu. Sama juga situasinya apabila kita bekerja di ofis, kita pastinya memilih jawatan tersebut disebabkan terjamin keselamatan keluarga dan diri sendiri.

3 – Hubungan networking.

Pepatah terkenal dalam dunia perniagaan, network is your networth. Bermula dari bawah, dengan networking kita boleh menambahkan pengetahuan dan wisdom dari orang lain yang lebih berpengalaman. Menurut seorang penulis terkenal, beliau menceritakan salah satu cara untuk mengira kekayaan kita adalah dengan melihat purata kekayaan 5 orang terdekat kita. Seperti mana Bill Gates dan Steve Jobs, mereka berdua merupakan kawan baik meskipun seteru dalam bisnes teknologi. Tahukah anda, Microsoft pernah melabur ke dalam Apple suatu masa dahulu tika Jobs ingin melakukan turnround ke atas Apple yang mengalami krisis kerugian. Lihat pula contoh Gates dengan Warren Buffet, mereka berdua sering berkongsi pandangan mengenai bacaan dan isu dari zaman muda lagi. Kini kedua-duanya antara manusia terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih mencecah billion dollar.

4 – Penghargaan / Pengiktirafan

Jarang kita dengar orang tidak suka pada penghargaan terutamanya dalam majlis yang glamourous dengan kehadiran artis artis penyeri majlis. Lihat bagaimana syarikat besar mengadakan grand annual dinner mereka untuk meraikan semua pekerja. Seperti itu jugalah, anda sebagai HQ harus meraikan stokis ejen yang bersusah payah melakukan jualan bagi pihak syarikat. Perkara ini mungkin nampak lavish tapi apabila pasukan seronok, mereka akan berusaha lebih keras.Lihat bagaimana syarikat MLM menjana keuntungan sampai hari ini, ada yang diapungkan di pasaran saham. Kesuksesan syarikat MLM sudah semestinya kerana mereka fokus pada grassroot dan menghargai setiap orang yang bersama dalam syarikat waima ejen terbawah sekalipun.

5 – Self-actualization

Pada peringkat tertinggi, Maslow menyebut kita sudah mengecapi semua yang ada dan ingin mengakui pencapaian diri sendiri. Nama lain mungkin boleh dikatakan sebagaikan ‘self-recognition’. Waktu ini ejen stokis anda yang telah berjaya akan duplikasi dan menjaga bawahan mereka seperti mana anda melayani mereka. Usaha ini akan berulang-ulang dan menyingkatkan waktu anda untuk menyantuni semua ejen yang ada.

Ada pun begitu, teori Maslow ini salah satu teori yang sudah dikatakan lama dalam kajian lapangan. Sudah bertahun  teori tersebut digunapakai oleh majoriti syarikat yang faham tentang psikologi manusia dan hasilnya semua ejen mereka tetap bersemangat dan bermotivasi untuk sukses. Andaikata anda ingin mengetahui lanjut tentang bagaimana kita mahu memilih sistem ejen yang bagus, boleh teruskan bacaan dengan ketik di sini.

Bacaan Lain Untuk Anda