R.O.A.S. merupakan singkatan kepada “Return On Ads Spend” ataupun “Revenue Over Ads Spend“.
Secara asasnya, ROAS ini merujuk kepada berapa kali ganda pulangan yang anda dapat berbanding dengan kos iklan yang anda keluarkan.
Ia digunakan sebagai salah satu metrik pemasaran untuk mengukur keberkesanan kempen iklan yang anda buat di platform pengiklanan seperti Google, Facebook, Instagram dan Tik Tok.
BOSS mempunyai fungsi R.O.A.S. terbina yang boleh anda gunakan untuk mengira R.O.A.S. dan juga mengira berapa komisen yang perlu anda bayar kepada Sales Team yang mengendalikan iklan untuk syarikat anda.
Untuk mengira komisen R.O.A.S. di dalam sistem BOSS anda, pergi ke Team Commission > R.O.A.S.
User – pilih seller yang anda ingin kira komisen R.O.A.S.
Month – pilih bulan untuk dikira
Target (RM) – pilih sasaran jualan untuk bulan tersebut
Selepas itu, tekan butang berwarna biru untuk mengetahui sama ada seller tersebut mencapai sasaran jualan atau tidak. Jika seller tidak mencapai sasaran jualan, mesej Target Not Achieved! akan terpapar. Sebaliknya jika sasaran jualan tercapai, mesej Target Achieved! akan terpapar dan anda boleh mula melakukan pengiraan komisen R.O.A.S. untuk seller tersebut.
Total Sales (RM) – jumlah jualan untuk bulan tersebut
Cost Ads (RM) – sila masukkan kos pengiklanan yang dilakukan oleh user tersebut untuk mengetahui sama ada beliau layak mendapat komisen atau tidak.
Percentage (%) – masukkan peratusan komisen yang ingin diberikan kepada user tersebut. Peratusan komisen ini dikira dari jumlah jualan yang dilakukan
R.O.A.S. Value – jumlah jualan dibahagikan dengan kos pengiklanan. Jika nilai lebih dari 4, seller layak mendapat komisen R.O.A.S. dan mesej Eligible for R.O.A.S! akan terpapar. Sebaliknya jika nilai kurang dari 4, mesej Not Eligible for R.O.A.S! akan terpapar dan seller tersebut tidak layak mendapat komisen R.O.A.S.
R.O.A.S Commission Amount – jumlah komisen yang akan dikira secara automatik mengikut peratusan komisen yang anda masukkan.
Date – tarikh komisen dimasukkan ke my wallet seller.
Selepas anda klik butang Submit, komisen tesebut akan dimasukkan ke akaun seller tersebut dan anda juga boleh melihat senarai komisen R.O.A.S. yang sudah dibayar di bahagian Recent R.O.A.S.