Cara Menggunakan Sistem BOSS Untuk Pasaran Singapura

Sistem BOSS mempunyai fungsi terbina dalam yang membolehkan anda menjual produk anda untuk pasaran Singapura dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

Pertama sekali, pergi ke Settings > General dan di bahagian SHIPPING & POSTAGE SETTING > Singapore Exchange Rate (S$) masukkan nilai Ringgit Malaysia untuk 1 Singapore Dollar.

cara menggunakan sistem boss untuk pasaran singapura

Untuk mendapatkan nilai tukaran semasa, anda boleh menggunakan Google dengan kata carian seperti di bawah.

cara menggunakan sistem boss untuk pasaran singapura 1

Anda boleh menukar kadar tukaran matawang Singapura ini di sistem BOSS pada bila-bila masa sahaja, tetapi sebaik-baiknya hendaklah dilakukan sebelum anda menambah order baru kerana order yang dibuat akan menggunakan kadar tukaran yang telah disimpan di dalam sistem.

Untuk menambah produk bagi pasaran Singapura, sila rujuk artikel Cara Untuk Menambah Produk Untuk Pasaran Singapura.

Dan untuk menambah order bagi pasaran Singapura, sila rujuk artikel Cara Tambah Order Untuk Produk Singapura.

Sila tonton video di bawah untuk melihat panduan dalam bentuk video.

Bacaan Lain Untuk Anda