Cara Tambah Order Untuk Produk Singapura

Seperti yang di tulis dalam panduan sebelum ini, sistem BOSS mempunyai fungsi untuk menjual produk khusus untuk pasaran Singapura. Jika anda telah menambah produk khusus untuk pasaran Singapura, anda boleh melakukan pesanan untuk produk tersebut dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

Dalam sistem BOSS, klik pada Manual Order SG dan anda akan dibawa ke halaman seperti imej di bawah.

cara tambah order untuk produk singapura scaled

SELECT USER – pilih user yang ingin anda tambah order tersebut

SELECT PRODUCT – pilih produk yang ingin anda tambah order, hanya produk yang anda telah tetapkan untuk pasaran Singapura akan tersenarai di sini.

Tekan butang Add untuk menambah produk tersebut dan kemudian di bahagian PAYMENT METHOD, pilih kaedah pembayaran yang dilakukan.

Untuk perkhidmatan penghantaran, anda hanya boleh memilih Ninja Van International sahaja di bahagian SHIPPING METHOD.

Kemudian di bahagian CUSTOMER DETAILS & DELIVERY ADDRESS, masukkan alamat penerima menggunakan alamat lengkap di Singapura seperti di bawah.

cara tambah order untuk produk singapura 3 scaled

Di bahagian bawah sekali, anda boleh melihat jumlah bayaran yang perlu dibuat pembeli tersebut.

cara tambah order untuk produk singapura 2

Klik butang Submit Your Order untuk menambah order tersebut.

Walaupun Order yang dibuat menggunakan mata wang Ringgit Malaysia, Airwaybill untuk penghantaran kepada pelanggan akan menggunakan mata wang Dollar Singapura jadi pelanggan boleh membuat pembayaran di dalam mata wang tersebut.

Bacaan Lain Untuk Anda