Anda ada produk baru yang nak dilancarkan?
Macam mana cara buat produk launching?
Ada tak guideline atau checklist tertentu yang boleh ikut supaya dapat pastikan ramai pelanggan dapat awareness pasal produk tu?
Checklist Untuk Launch Produk Baru
Lancarkan produk baru tanpa sebarang persediaan ni memang sangat merugikan. Rugi dari segi masa dan tenaga. Sebab kita dah ambil banyak masa untuk hasilkan produk, tapi akhirnya tak ada pelanggan yang tahu pun.
Persediaan awal juga perlu dilakukan tak kiralah launching tu dalam skala yang besar atau kecil.
Antara persediaan yang perlu diambil kira adalah dari segi mesej yang nak disampaikan, info yang perlu dikongsi dengan kumpulan, cara untuk hasilkan content dan juga persediaan untuk stokis dan ejen.
Disebabkan ada beberapa langkah yang perlu diteliti, kami sediakan checklist untuk launch produk baru bagi memudahkan anda.
1. Belajar berkenaan pelanggan anda.
Bahasa yang selalu orang gunakan adalah market research. Dengan melakukan market research, anda perlu belajar berkenaan siapa pelanggan yang akan menggunakan produk baru anda. Dengan itu, ada dapat lihat apakah yang dapat membuatkan pelanggan membeli produk anda. Dari situ, anda boleh cipta penyelesaian tentang mengapa mereka perlu dapatkan produk anda.
Ada yang cakap, kita perlukan bertahun-tahun untuk kenal siapa pelanggan kita. Tapi untuk jimatkan masa, anda boleh pilih sekitar 15 orang pelanggan sedia ada dan tanyakan mereka faktor yang membuatkan mereka membeli produk anda.
Info tambahan yang anda perlu kenalpasti ialah apa yang mereka mahukan dari produk anda. Mungkin anda boleh dengar luahan pelanggan tentang apa yang mereka harapkan serta penambahbaikan untuk produk sedia ada.
Dari feedback yang anda telah terima, anda boleh lakukan improvement atau tambah baik produk yang bakal dilancarkan nanti.
2. Senaraikan pernyataan berkenaan produk anda
Untuk senaraikan pernyataan bagi produk baru, anda perlu jawab beberapa soalan terlebih dahulu:
- Produk ini diciptakan untuk siapa?
- Apa yang produk ini mampu hasilkan?
- Apa yang membuatkan produk ini lain berbanding produk lain?
- Siapa target audience atau bakal pelanggan anda
- Pelanggan anda berada dalam kategori berumur berapa?
- Apakah nama bagi produk anda
- Apakah yang membuatkan produk anda lain?
Dengan adanya pernyataan seperti ini, maka makin mudah untuk anda kenalpasti siapa bakal pelanggan serta apa yang patut dititikberatkan semasa penghasilan produk ini.
3. Beritahu team anda dan dapatkan idea
“Alone we can do so little; together we can do so much.”
Anda mungkin merasakan bahawa produk anda sudah cukup baik. Tapi, apa pula kata team anda?
Sebaiknya, dapatkan feedback dan sokongan dari team anda berkenaan perancangan bagi menghasilkan produk baru serta pernyataan yang telah anda senaraikan tadi.
Feedback dari team anda adalah sesuatu yang sangat bernilai kerana mereka melihat dari sudut pandang yang berbeza. Jika team anda sangat sukakan idea dan produk tersebut, ada kemungkinan yang pelanggan juga akan sukakan produk tersebut.
Namun andainya team anda juga susah untuk membeli produk anda, apatah lagi bagi pelanggan anda? Jadi, masih ada perkara yang perlu ditambaik sebelum dijual kepada pelanggan. Sekiranya team anda mempunyai pandangan yang bernas, senaraikan idea tersebut dan fikir semula cara untuk mengatasi perkara itu.
4. Pastikan anda rancang matlamat pelancaran produk anda
Sebelum anda aplikasikan sebarang strategi, anda perlu tahu apa matlamat anda launch produk baru tersebut.
Sebagai contoh, anda boleh mempunyai goal atau matlamat seperti untuk memperkenalkan nama produk baru, mencipta awareness berkenaan produk anda atau untuk meningkatkan jualan produk tersebut.
Antara cara yang anda dapat gunakan untuk membuat goal bagi produk launching anda adalah dengan menggunakan SMART goal. SMART goal mestilah Spesific (spesifik), Measurable (boleh diukur), Attainable (boleh dicapai), Relevant (relevan pada masa kini), dan Time-Bound (mempunyai masa tertentu).
5. Rancangan marketing strategi
Rangka strategi yang dapat membantu anda untuk produk launching. Strategi yang diberikan di bawah merupakan cara produk launch secara online.
5.1 Kenalpasti platform social media
Pertama sekali, anda perlu kenalpasti platform apa yang anda akan gunakan samada untuk melakukan produk launching seperti di Facebook, Instagram, Twitter atau di Tiktok.
Pastikan target audience atau target pelanggan yang bakal menggunakan produk anda sering menggunakan platform sosial media tersebut.
Sebagai contoh; jika produk anda dikhaskan untuk bakal pelanggan dalam lingkungan umur 30 tahun, maka anda boleh gunakan Facebook sebagai medium untuk melakukan produk launching. Hal ini demikian kerana ramai yang berumur 30-an menggunakan Facebook sebagai platform utama sosial media mereka,
5.2 Lakukan teaser
Di samping itu, anda juga boleh lakukan teaser berkenaan produk anda. Antara teaser yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan grafik atau video seperti:
- tunjukkan imej yang memberitahu sesuatu yang baru akan dilancarkan
- gelapkan imej produk tersebut dan tunjukkan cuma separuh daripada produk asal
- minta audiens untuk teka nama produk yang akan dilancarkan
- lakukan giveaway untuk mereka yang berjaya meneka nama produk
- pemenang giveaway akan diumumkan semasa sesi live produk launching
- beritahu tarikh dan masa untuk live produk launching
Pada masa ini, semua grafik perlu disiapkan secepat mungkin dan diberikan kepada stokis, ejen dan dropship supaya mereka juga dapat mewar-warkan berkenaan produk baru yang akan dilancarkan.
Sebagai founder, anda perlu pastikan bahawa semua stokis memberitahu ejen supaya mereka turut sama berusaha untuk mempromosikan produk baru. Sebab masa inilah bakal pelanggan akan mula untuk mencari ejen yang akan mereka beli sejurus selepas produk launching.
5.3 Live untuk produk launching
Sebagai contoh; jika anda menggunakan Instagram untuk launching produk, pastikan anda menghasilkan countdown story sebelum produk launching.
Tunggu selama 10 minit supaya lebih ramai audience yang join live anda. Pada masa ini, anda boleh juga lakukan kuiz berserta hadiah yang akan anda umumkan pemenangnya semasa habis sesi produk launching.
Live bagi produk launching sebolehnya cuma mengambil masa dalam 15 – 30 minit sahaja. Masa yang diperuntukkan ini sudah cukup untuk memberitahu pelanggan berkenaan produk baru, harga serta kebaikan yang ia tawarkan.
Setelah itu, sebelum berakhirnya sesi live, umumkan semua pemenang yang terlibat semasa sesi teaser sebelum ini dan juga semasa sesi live tadi.
Akhir sekali, anda perlu ingatkan bakal pelanggan supaya mereka dapat beli produk yang dilancarkan tadi dari ejen-ejen yang terdekat. Sebagai founder, anda juga boleh letakkan link yang mengumpulkan semua nombor telefon ejen anda bagi memudahkan pelanggan.
6. Lihat semula goal anda
Akhir sekali, lihat semula goal anda. Adakah goal anda tercapai?
Jika tidak, pastikan anda lihat faktor apa yang perlu ditambahbaik pada masa akan datang. Selamat mencuba!