Bila kita melihat orang lain berjaya menghasilkan kekayaan luar biasa dengan menjadi pengasas produk, kita pun bersemangat. Pernah disebut, “Orang yang berjaya sentiasa belajar dengan kesilapan orang lain, bukan dengan melihat kejayaan mereka” – APJ Kalam seorang sainstis terkenal dan bekas Perdana Menteri India. Percayakah anda ini merupakan sentimen biasa yang dihadapi oleh majoriti pengasas bisnes walhal mereka tidak tahu banyak lagi perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Jadi kami kongsikan 6 kesilapan yang pernah dilakukan oleh pengasas produk supaya para pendiri bisnes dapat belajar sesuatu.
1 – Salah menetapkan angka yang penting
Pernah kita menyemak sebenarnya berapa jumlah kos bermula dari kos pembuatan produk, kos pemasaran hingga kos produk sampai ke tangan pelanggan?
Tahukah anda majoriti syarikat gagal kebanyakkannya disebabkan oleh mereka mengabaikan angka angka yang patut menjadi priority pertama berbanding hal lain. Jangan samakan kita dengan company yang besar seperti Amazon, Tesla kerana gameplay mereka tersangat berbeza dengan kita. Tesla, Amazon hanya focus pada dana investor untuk reinvest manakala Grab menggunakan strategy pricing loss-leader. Sebagai seorang founder, sepatutnya dengan peratusan ‘margin’ anda besar semestinya mampu menggerakkan syarikat tanpa ada masalah. Jadi, apa angka angka yang patut anda tahu, dan ingat “ Numbers does not lie”.
- Kos produk
- Kos pemasaran
- Kos penghantaran logistik
- Kos barang mengalami kerosakan
- Kos lain lain
2 – Pandang remeh mengenai pemasaran dan sibuk dengan hal yang tidak penting.
Ada yang beranggapan ejen merupakan lubuk duit mereka walhal setiap ejen yang bersama anda mempunyai keinginan untuk menjana pendapatan. Yang kami amat sarankan, HQ patut membuat pemasaran yang menyeluruh manakala ejen akan membantu dari segi closing pelanggan mengikut lokasi. Semakin meluas brand awareness anda semakin ramai yang ingin menjadi sebahagian keluarga syarikat. Walaubagaimanapun, ada sesetengah yang beranggapan marketing cuma menghabiskan wang dan hanya tahu merekrut ejen sahaja. Benar, rekrut merupakan aktiviti yang berterusan akan tetapi siapa saja yang mahu menjadi ejen jenama yang orang tidak kenal dan susah nak jual kan?
3 – Tiada pengurusan sistem ejen yang sistematik
Ada sesetengah pemilik yang merasakan semua perkara boleh dijimatkan walhal perlu faham ada perkara yang boleh dijimatkan andai diuruskan secara manual tetapi ada perkara yang perlu dilaburkan untuk automasi. Masuk tahun 2022, sudah pasti anda tidak mahu pening memikirkan sistem yang lembab, tunggang-langgang yang semestinya menganggu fikiran anda sebagai founder. Waima anda seorang programmer sekalipun, anda pasti mencari system yang menyeluruh dan all-in. Usah amalkan membuang masa pada perkara yang tidak patut. Gunakan sahaja system The Boss, system yang dijamin ringan dan laju serta pasti berbaloi dengan harga.
4 – Tiada komunikasi & melakukan perkara unethical
Kelemahan sistem mungkin nampak kecil tapi impaknya sangat besar. Sepatutnya ada beberapa orang staff ditugaskan untuk melayankan pertanyaan setiap ejen dan membantu menyelesaikan masalah pembelian. Ingatlah satu perkara, ejen atau stokis adalah pelanggan syarikat kerana model bisnes anda begitu dan bukan menggunakan DTC (Direct to Customer) model. Ada pula yang suka buat perkara melalui backdoor. Antaranya sailang ejen, manipulasi stok dan sebagainya. Mungkin kita rasa untung untuk hari ini tapi percayalah ianya merugikan anda pada masa akan datang. Trust antara perkara yang paling mahal jika melibatkan perniagaan sesama manusia.
Ada juga sesetengah mereka sangat suka dengan benda benda viral hinggakan ada yang sengaja membuat kontoversi dengan sangkaan membuat ‘awareness’ walhal ianya belum tentu bagus. Sebenarnya metode paling effektif pernah diceritakan oleh Tony Hsien pengasas Zappos dalam buku beliau iaitu Delivering Happiness. Antara perkara penting yang boleh kita ambil ialah servis pelanggant selepas berlaku jual beli itu lebih penting berbanding proses menjual peringkat awal.
Demikian perkongsian mengenai kesilapan pengasas bisnes yang selalu berlaku tetapi boleh sebenarnya kita elakkan. Lebih baik jika kita hanya fokus kepada perkembangan syarikat dan perkara lebih penting berbanding hal yang remeh dan melambatkan pasukan. Untuk mengetahui bagaimana cara menguruskan ejen berdasarkan teori Maslow, boleh terus ketik di sini.