Apa itu Recruitment Commission dan Cara Menetapkannya

Recruitment Commission ialah komisen untuk upline yang rekrut downline mereka sendiri dan setiap kali apabila downline mereka membuat tempahan maka hanya upline tersebut akan menerima komisen.

Sebagai contoh, jika ada L1, L2, L3, L4, L5 dalam sistem dan L1 rekrut L3, L3 rekrut L4, L4 rekrut L5.

Jika L5 membuat tempahan. hanya L4 sahaja yang akan menerima komisen seperti yang telah ditetapkan di dalam sistem.
Begitu juga jika L4 membuat tempahan, hanya L3 sahaja yang akan menerima komisen.

Untuk menetapkan Recruitment Commission, pertama sekali log masuk ke sistem anda dan pergi ke Team Commission>Recruitment.

recruitment commission scaled

Di bahagian Recruitment Commission ini, anda boleh menetapkan jumlah komisen untuk setiap level bagi setiap produk dalam sistem anda.

Selepas anda memasukkan jumlah komisen tersebut, klik pada butang Update untuk menyimpan.

Bacaan Lain Untuk Anda