Featured images untuk produk merupakan imej yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu produk. Jika anda tidak memasukkan featured image semasa anda menambah produk, anda boleh melakukannya semula dengan pantas dengan pergi ke Products > Featured Images.
Di halaman ini, featured images untuk semua produk disenaraikan dan anda boleh menukarnya dengan cepat dengan klik pada Choose file dan muat naik imej dari komputer anda. Selepas itu, klik pada butang Update Featured Image untuk menyimpan.
Anda boleh melihat produk-produk lain yang belum mempunyai featured images dan menukarnya dengan pantas.
Sila tonton video di bawah untuk penjelasan lebih lanjut.