6 Tips Menghadapi Pesaing Yang Main Harga

Pernah tak kita terfikir kenapa ada sesetengah peniaga berani menjual produk di bawah harga pasaran. Lebih hebat lagi, bagaimana mereka memperolehi keuntungan dan membiayai operasi jika semua pakat bermain harga.Isu manipulasi harga sebegini merupakan perkara yang menjadi norma baharu dalam kalangan peniaga. Ada pula keadaan di mana ejen stokis memanipulasi harga dengan menjual pada harga rendah dengan anggapan hendak laku cepat sedangkan rakan lain terjejas dek kerana perbuatan ini. Main harga ini memang perkara yang tidak wajar tetapi dari satu sudut,harus ada perancangan untuk memastikan kesannya tidak menjejaskan perniagaan sendiri. Ini 7 cadangan yang kita boleh lakukan apabila pesaing nampak mula bermain harga.

1. Fokus pemberian value kepada pelanggan

Value yang dimaksudkan adalah nilai tambahan yang kita berikan. Sebagai contoh, penghantaran bawah sehari, boleh COD dan sebagainya. Warren Buffet pernah menyebutkan dalam buku beliau,”Price what you pay, value is what you get”. Secara mudahnya, pelanggan terbahagi kepada beberapa golongan dan ada dikalangan mereka yang kurang kisah mengenai harga asalkan servis anda bagus dan memuaskan hati mereka sebagai pelanggan. 

2. Upgrade Produk

Banyak idea berkenaan upgrade produk yang boleh kita lakukan sebenarnya. Pertama, baiki packaging yang sedia ada kemudian lakukan market survey. Mungkin juga anda boleh tambahbaik saiz botol, dan validate terlebih dahulu untuk mendapat respon awal daripada pelanggan.  Kajian mendapati, ada perbezaanberkaitan kenaikan jualan apabila anda melakukan transformasi yang lebih baik terhadap produk.

3. Tingkatkan Aktiviti Penjenamaan

Biasanya jenama (brand) yang kuat akan memudahkan ‘purchasing intention’ pelanggan. Ramai yang beranggapan branding ini sekadar iklan dan promosi walhal ianya lebih daripada itu. Antara perkara berkaitan branding ialah desain logo, warna dan lain lain. Jadi silakan melantik designer yang faham branding terlebih dahulu sebelum menetapkan jenama anda di pasaran. 

4. Fokus USP

Unique Selling Point: Kelebihan produk kita berbanding produk pesaing atau bahasa mudahnya, solusi yang berkesan untuk pelanggan kita. Contohnya anda menjual produk diet kurus, USP anda mungkin  membantu pelanggan anda mengurangkan berat badan tanpa perlu bersenam setiap hari. Ada sesetengah pendiri bisnes yang tidak pernah tahu terma USP lantas mengatakan produk mereka boleh menyelesaikan 1001 masalah. Perkara ‘overclaim‘ sebegini harus dielakkan kerana takut menyebabkan kemudaratan kepada orang awam dan juga secara tidak langsung menjemput KKM datang ke pejabat anda dalam tempoh terdekat.

5. Hadiah Percuma

Semua orang suka dengan hadiah percuma yang comel dan berguna. Contohnya, Tupperware yang menjadi kegemaran kaum ibu, beg kecil yang boleh digunapakai meletakkan barang kecil. Walaubagaimanapun, anda harus memasukkan kos hadiah percuma ini dalam pengiraan kos supaya kadar keuntungan masih di kadar yang baik. Andaikata, kos hadiah percuma tadi menyebabkan margin anda mengecil dan sukar bernafas, tak perlu memilih hadiah percuma dan mungkin boleh gunakan benda lain sebagai hadiah. Contohnya, ebook, nota dan lain lain alternatif yang mungkin wajar.

6. Konsultansi Percuma Sebagai Addon Value

Setiap dari kita adalah konsultan tanpa mengira apa pun pekerjaan kita. Sebagai contoh, anda seorang penjual ubat kurus, sebenarnya anda boleh menasihatkan bagaimana pelanggan boleh menguruskan badan dengan diet berkesan. Mungkin anda menjual perabot perhiasan rumah, anda boleh menasihatkan pelanggan dekorasi rumah mengikut kesesuaian tema atau warna rumah tersebut. Jadi,nasihatkanlah pelanggan anda dengan menggunakan bahasa yang baik dan berikan saranan yang betul serta elakkan daripada memberikan nasihat yang di luar pemikiran manusia yang waras. Percayalah, nasihat anda tadi amat pelanggan hargai dan secara tak langsung mungkin menjadi pelanggan setia anda selepas ini. Siapa tahu kan?

Diharapkan dengan cadangan ini boleh memberikan anda sedikit sebanyak idea dalam bisnes. Ingatlah, bukan semua manusia membeli sebab harga, ramai yang membeli kerana solusi, mutu hidup dan kehendak emosi mereka sendiri. Percayalah, buang harga cuma memakan diri anda sendiri kemudian hari di samping mengurangkan margin keuntungan yang sepatutnya anda guna untuk perkara lain. Jika anda ingin mengetahui tentang kesilapan ramai pemilik bisnes, boleh terus klik di sini.

Bacaan Lain Untuk Anda