Checklist Dan Guideline: Cara Buat Sistem Ejen Untuk Bisnes

Macam mana cara buat Sistem Ejen bagi bisnes anda?

Pada masa sekarang, seringkali kita lihat banyak jenama baru yang berada di pasaran. Kebanyakan jenama ini selalunya menggunakan Sistem Ejen bagi mengembangkan bisnes mereka.

Cara Buat Sistem Ejen

Mungkin masih ramai yang tertanya-tanya, kenapa anda perlu gunakan Sistem Ejen?

Sebenarnya, Sistem Ejen merupakan antara sistem yang paling mudah untuk dilakukan bagi memasarkan produk. Tambahan lagi, jika produk yang dijual berada dalam fasa yang masih baru di dalam pasaran.

Umumnya, ramai tahu bahawa Sistem Ejen sangat mudah untuk dilaksanakan.

Tapi, adakah terdapat guideline ataupun checklist sebelum melakukan Sistem Ejen?

Macam mana cara nak buat Sistem Ejen?

Dalam post kali ini, kami akan terangkan cara-cara untuk buat Sistem Ejen bagi bisnes anda.

1. Pengiraan kos dan untung produk

Antara perkara awal sebelum mewujudkan Sistem Ejen bagi bisnes ialah dengan melakukan pengiraan kos produk. Anda perlu ambil tahu:

  • Kos sebenar bagi produk anda?
  • Berapa banyak untung bersih yang anda akan dapat?
  • Berapa harga yang dijual oleh pesaing anda?
  • Bagaimana packaging produk anda?
  • Berapa komisyen dan reward bagi ejen anda?
  • Kos bulanan syarikat, bil elektrik dan air syarikat anda?

Anda perlu lebih teliti dalam pengiraan kos ini. Pastikan anda hapuskan segala kos yang tidak perlu seperti kos packaging yang terlalu mahal agar produk kelihatan lebih ekslusif.

Jika anda inginkan packaging yang ekslusif, anda boleh lakukan set servis tambahan untuk dihadiahkan kepada orang lain. Dengan cara ini, anda juga akan mendapat keuntungan bagi penambahan servis tersebut.

2. Tentukan Sistem Ejen atau Sistem Stokis

Selalunya, kerap kali soalan ni menjadi persoalan utama sama ada nak buat Sistem Ejen atau Sistem Stokis?

HQ akan menjual atau hanya ejen sahaja yang akan menjual?

Pastinya, soalan ini yang perlu founder bisnes jelas terlebih dahulu sebelum menjalankan apa-apa sistem jualan ejen. Hal ini demikian kerana jika founder sendiri masih belum jelas, ini akan menyusahkan ejen anda pada masa akan datang.

Ejen mungkin akan terpaksa berlawan dengan HQ untuk menjual produk kepada pelanggan.

Saranan kami, jika HQ ingin turut menjual kepada pelanggan – letakkan harga yang lebih tinggi berbanding harga yang dijual oleh ejen.

Dengan kondisi sebegini, pelanggan akan membeli dari ejen bagi mendapatkan harga yang lebih rendah.

3. Berapa banyak komisyen untuk setiap tier ejen

Bagi sistem yang mempunyai tier seperti Sistem Stokis, setiap tier akan mempunyai harga untung yang berbeza. Komisyen stokis akan lebih tinggi berbanding ejen dan dropship.

sistem ejen

Setelah itu, setiap komisyen perlulah berbeza mengikut jenis produk pula.

Founder perlu menetapkan dari awal, berapa banyak komisyen bagi stokis, ejen dan juga dropship.

Pada fasa awal, komisyen dikira sudah cukup untuk memotivasikan ejen ada. Namun lama kelamaan, anda perlu mengambil langkah untuk menyediakan reward bagi menaikkan motivasi ejen anda.

Perangkaan bagi pengiraan komisyen dan reward ini perlulah bermula sejak awal supaya founder masih lagi mempunyai keuntungan bagi mengembangkan bisnes.

4. Reward yang sesuai untuk ejen

Anda juga digalakkan untuk memikirkan jenis reward bagi ejen anda. Lebih mudah jika anda telah menyediakan satu dana dari awal.

Dengan adanya simpanan awal yang dikhaskan untuk reward, pastinya lebih mudah supaya anda tidak perlu mencari dana lain bagi menampung kos reward.

Di samping itu, founder juga perlu memikirkan bagaimana reward ini akan diberikan?

Siapa yang akan menerima reward ini?

Reward ni secara bulanan atau secara tahunan?

Semua ni anda perlu fikir sejak awal lagi bagi memudahkan pengurusan ejen untuk bisnes anda.

5. Rekrut ejen untuk bisnes anda

Sesi rekrut merupakan sesi yang penting untuk mencari siapa yang bakal menjadi ejen anda. Jika anda ingin menapis dulu pemohonan ejen, anda boleh menetapkan bayaran awal untuk pendaftaran baru.

Namun, bayaran ini akan dikembalikan semula setelah ejen berjaya menjual produk anda. Dengan syarat sebegini, anda dapat menapis dahulu ejen yang betul-betul berminat untuk menjadi ejen dan mendapatkan pendapatan sampingan.

Tips ringkas. Untuk founder yang masih baru, kami cadangkan anda berhati-hati jika ingin mengiklankan pencarian ejen.

Jauhi ayat yang berbaur provokasi seperti,
Sampai bila nak harapkan duit suami? Jom cari pendapatan sampingan!”

Iklan rekrut ejen anda perlulah menyebutkan kebaikan yang ejen akan dapat apabila menjadi ejen bagi produk anda.

Selain itu, anda juga boleh mewar-warkan bahawa tiada pengalaman diperlukan bagi menjadi ejen. Serta, latihan juga akan diberikan kepada ejen.

Dengan adanya iklan seperti ini, anda boleh mendapat ejen baru yang masih fresh dan mempunyai semangat berkobar-kobar bagi memulakan bisnes kecil-kecilan.

6. Sistem kawalan harga dan stok produk

Sistem kawalan harga sangat penting bagi Sistem Ejen. Founder perlulah menetapkan harga lantai (floor price) bagi produk yang anda keluarkan.

sistem ejen calculation

Dengan menetapkan harga lantai, ejen dan stokis tidak boleh sesuka hati menurunkan harga untuk medapatkan pelanggan. Founder perlulah mengenakan tindakan bagi mana-mana ejen yang melanggar peraturan kawalan harga yang ditetapkan.

Hal ini demikian kerana jika ada mana-mana pihak yang sesuka hati menurunkan harga, maka ada pihak lain yang akan teraniaya disebabkan perbezaan keuntungan tier tadi.

Disamping itu, founder digalakkan untuk mempunyai sistem pengurusan ejen dan sistem pengurusan stok seperti The Boss Asia. Dengan adanya sistem pengurusan seperti ini, founder dapat mengetahui progress stok bagi setiap stokis dan ejen.

Tambahan lagi, founder juga dapat mengenalpasti jika ada produk yang dikeluarkan tidak mendapat sambutan pelanggan. Dengan adanya sistem seperti ini, founder boleh membuat analisa mengapa produk tersebut tidak berjaya dijual kepada pelanggan.

7. Berikan latihan kepada ejen anda

cara buat sistem ejen

Untuk memastikan produk anda berjaya dijual, anda seharusnya menyediakan latihan buat ejen anda. Latihan yang dijalankan boleh menekankan softskills iaitu seperti cara bercakap, cara cross-selling, upselling dan cara close sale.

Founder juga perlu memastikan bahawa latihan yang diberikan kepada ejen merupakan latihan yang bermanfaat dan sesuai untuk dipraktikkan.

Selain itu, founder juga boleh memberikan latihan tentang bagaimana untuk meyakinkan bakal pelanggan untuk membeli produk yang anda jual.

8. Penyediaan bahan marketing untuk ejen

Mungkin ada founder yang berpendapat bahawa marketing hanya perlu dilakukan oleh ejen. 

Tapi, tahukah anda bahawa marketing yang dijalankan sesebuah syarikat sangat penting? Dengan adanya marketing, kepercayaan bakal pelanggan akan semakin meningkat terhadap jenama anda.

Dari segi marketing, anda perlu memastikan bakal pelanggan sedar tentang kewujudan jenama anda. Setelah itu, anda perlu pastikan bahawa pelanggan tersebut minat terhadap produk yang anda tawarkan.

Namun, jika ada bakal pelanggan yang berminat untuk membeli produk anda, maka anda boleh senaraikan nama ejen yang berdekatan. Pastikan anda melakukan tugas utama iaitu dengan menyokong ejen bagi menjual produk anda.

Sebaiknya, anda tidak perlu berlawan dengan ejen bagi mendapatkan pelanggan. Biarkan pelanggan terus berurusan dengan ejen produk anda.

9. Sasaran jualan dan plan jangka masa panjang

Akhir sekali, anda perlu menetapkan sasaran jualan bulanan dan tahunan bagi syarikat anda. Sebagai founder, anda juga perlu mempunyai strategi jangka masa panjang bagi menambah variasi produk anda dan supaya kekal relevan.

cara buat sistem ejen

Kemudian, anda juga perlu kenalpasti ejen yang berpotensi untuk terus menjual produk anda pada masa akan datang. Pastikan anda betul-betul menjaga ejen yang berpotensi ini. Kerana selalunya, ejen yang berkualiti jarang-jarang dapat ditemui.

Jika anda memerlukan sistem pengurusan ejen, anda boleh mencuba sistem dari The Boss Asia. Jangan risau, anda boleh melihat demo terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembelian.

Bacaan Lain Untuk Anda