5 Tips Untuk Jadi Founder Yang Berjaya

Seronok betul bila kita tengok ada founder produk yang ada ramai ejen jualan. Masa tu, memang rasa macam kita pun terinspirasi nak jadi founder bisnes sendiri.

Kita tahu, ramai yang selalu cari macam mana cara jadi founder produk. Tapi ada tak yang cari macam mana untuk jadi founder yang berjaya?

Tips Jadi Founder Berjaya

Bila kita cakap berjaya, berjaya disini bermaksud anda mempunyai bisnes yang mempunyai sistem ejen jualan yang sendiri.

Kenapa kena ada sistem ejen jualan? Kalau tak ada, tak boleh ke?

Boleh, tapi anda perlu uruskan hampir semuanya sendiri bermula dari penghasilan produk sampailah ke bahagian jualan. Dengan adanya sistem ejen jualan, anda boleh terus asingkan bahagian jualan kepada ejen anda. Jadi lebih mudah, sebab anda tak perlu ‘turun padang’ untuk menjual pula.

Tapi, macam rasa tak yakin pula sebab tak pernah ada ejen jualan. Lagipun, bila dah ada ejen ni mesti kerja nak mengurus tu banyak.

Betul ke?

Ada betulnya. Banyak tips yang anda kena tahu, tapi tak susah seperti yang anda gambarkan. Hal ini demikian kerana anda perlu pastikan bisnes anda dapat beroperasi lagi 10 tahun kedepan. Kan?

Jadi, sistem ejen boleh jadi sesuatu yang wajib bagi bisnes anda bagi memastikan bisnes anda cepat berkembang.

1. Kenakan Yuran Komitmen

founder yang berjaya

Ada sesetengah founder yang tak kenakan sebarang yuran untuk sertai bisnes mereka. Tapi, kami sarankan supaya anda kenakan yuran bagi memastikan anda perolehi ejen yang berkualiti.

Dengan adanya yuran, sedikit sebanyak dapat membantu untuk tapis mana satu ejen yang betul dapat berikan komitmen pada bisnes anda. Ada juga sesetengah founder yang akan memulangkan semula yuran setelah ejen berjaya menjual produk mereka.

Namun, ada juga founder yang tidak memulangkan semula yuran. Yuran tadi akan dijadikan sebagai bayaran untuk memperolehi benefit lain seperti training dan coaching dari trainer yang berpengalaman.

Tapi, ada juga founder yang menyalahgunakan yuran yang dibayar oleh ejen mereka. Antaranya, founder menggunakan yuran tersebut sebagai duit rolling atau modal untuk bisnes mereka.

Ada juga founder yang menggunakan bayaran yuran sebagai sumber untuk mereka membuat tempahan di kilang OEM. Maknanya, founder menggunakan duit ejen bagi mendirikan bisnes sendiri.

Memang sangat tak patut terjadi bagi mana-mana bisnes!

Jika anda ingin menjadi founder yang berjaya, elakkan untuk menggunakan duit yang ejen bayar sebagai modal untuk bisnes yang anda akan bangunkan. Duit ejen tidak sepatutnya menjadi sumber utama untuk bangunkan bisnes anda.

2. Sediakan Group Support

Group support ni memang wajib ada untuk mana-mana bisnes Sistem Ejen. Sebenarnya, group support dapat membantu ejen untuk menjawab persoalan yang tak terjawab selama ini.

support founder yang berjaya

Kebanyakan bisnes menggunakan channel Telegram bagi mewujudkan group support. Ini adalah kerana di Telegram, file sangat mudah disusun dan dikategorikan. Jadi lebih mudah untuk ejen merujuk jawapan kepada persoalan mereka.

Selain itu, ada juga bisnes yang mempunyai lebih banyak group support dan terpecah mengikut kategori tertentu.

Bagi group support yang asas, founder boleh mempunyai 2 group iaitu:

1 – Interaksi satu hala – untuk sampaikan info.
2 – Interaksi dua hala – untuk menjawab persoalan ejen.

Dengan adanya group support seperti ini, hubungan antara founder dan ejen dapat dieratkan. Group support seperti ini dapat membantu para ejen untuk lebih bermotivasi dalam membuat jualan.

Kebanyakan masa, admin di dalam group suppport ini akan bertanya feedback dan cabaran yang ejen alami. Jika bisnes mempunyai group support, ejen berasa tidak keseorangan kerana ada ejen lain yang mengalami masalah yang sama.

Selalunya, masalah yang dialami ejen ini berkisar berkenaan tidak bermotivasi untuk lakukan jualan. Dengan adanya group support, founder dapat berusaha untuk memberikan motivasi dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh ejen.

3. Founder Yang Berjaya Perlu Jaga Ejen

Berkali-kali kami tekankan bahawa founder perlu jaga ejen.

Sistem Ejen yang dibuat bukan sahaja untuk memudahkan founder, tapi juga untuk memberikan keuntungan kepada ejen.

Sebagai founder, anda perlu ingat bahawa ejen yang sikit dan berkualiti lebih penting berbanding ejen yang ramai tetapi tidak berkualiti.

Founder perlu memastikan bahawa ejen terjaga dan berasa seronok untuk menjual produk anda. Jadi, anda perlu jaga ejen seperti keluarga anda sendiri.

Disebabkan itu, ada founder yang sering melakukan gathering dan sharing session dengan ejen mereka. Gathering ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara founder dan ejen.

Apabila hubungan founder dan ejen menjadi rapat, maka ejen akan semakin setia dengan produk anda. Hubungan ini pastinya dapat memberikan keuntungan buat kedua-dua belah pihak.

4. Letakkan Untung Yang Besar Untuk Ejen

Tahukah anda, wang boleh menjadi motivasi yang penting buat seseorang? Bukan pada semua orang, tapi ramai yang dapat setuju bahawa duit dapat memotivasikan mereka.

Sebagai seorang founder yang berjaya, anda perlu pastikan bahawa untung yang diperolehi ejen cukup besar dan sesuai dengan usaha mereka.

Jadi, macam mana founder nak untung?

Pertama sekali, sebagai founder anda perlu sasarkan keuntungan pada volume / unit yang dijual. Tapi jangan pula sampai anda rugi sehingga tak mampu rolling semula untung yang ada.

Disini menunjukkan betapa pentingnya pengiraan keuntungan bagi bisnes anda. Yang utama sekai, pastikan untung ejen cukup besar agar mereka tidak mudah untuk berputus asa dari menjual produk anda.

5. Sediakan Tools Marketing Untuk Ejen

Anda perlu ingat, fungai ejen adalah untuk menjual produk. Founder tidak boleh meletakkan jangkaan untuk ejen sendiri menghasilkan graphic untuk tujuan promosi.

sistem ejen

Sebaiknya, founder yang perlu sediakan tools marketing atau barang pemasaran seperti gambar, copywriting dan testimoni dari pelanggan.

Mungkin, ada founder yang rasakan bahawa ejen tidak perlu di ‘suap’. Tapi anda perlu ingat, ejen merupakan seorang individu yang menolong uruskan urusan jualan bagi produk anda.

Jadi, apa salahnya sediakan tools marketing bagi memudahkan mereka?

Seperti group support tadi, kami sarankan anda menggunakan Telegram sebagai medium bagi menyampaikan semua tools marketing kepada semua ejen.

Anda boleh bahagikan group marketing tools tadi kepada tiga:

1 – Group gambar: founder perlu sediakan gambar yang cantik untuk tujuan promosi.
2 –
Group copywriting: di dalam group ini, founder akan sediakan segala info berkenaan produk yang dijual. Anda perlu ingat, ejen tidak ada masa untuk belajar segalanya berkenaan produk anda. Dengan adanya group ini, ejen boleh mendapat info dan mengolah semula ayat anda mengikut kefahaman mereka.
3 – Group testimoni: rasanya ramai yang tahu betapa susahnya untuk dapatkan testimoni daripada pelanggan. Founder boleh mendapatkan testimoni dengan cara mudah. Antaranya dengan mengadakan small contest dimana pelanggan perlu menceritakan pengalaman menggunakan produk anda. Dari situ, anda boleh menggunakan kembali testimoni tersebut.
4 – Group content: di group ini, founder perlu sediakan content yang berkaitan bagi menarik minat pelanggan supaya ejen tidak kelihatan terlalu menjual. Jika anda menjual produk kecantikan, apa salahnya jika anda menyediakan skincare flow untuk penjagaan muka menggunakan produk anda.

Kesimpulan

Jika anda amalkan 5 tips tadi dengan konsisten, pasti anda akan dapat melihat keputusan yang drastik dalam masa terdekat.

Sebagai founder yang berjaya, sangat penting untuk anda ingat bahawa ejen merupakan aset bagi bisnes anda. Ejen sangat senang untuk dicari, tapi tidak semua mempunyai kualiti yang anda ingini.

Jika anda benar-benar ingin memantapkan lagi Sistem Ejen anda, dapatkan sistem pengurusan ejen supaya tugas anda sebagai founder menjadi semakin mudah.

Akhir kata, amalkan tips yang kami berikan di atas dan lihat kembali hasilnya.

Bacaan Lain Untuk Anda