Cara Melakukan Integrasi Dengan Flash Express

Flash Express merupakan syarikat penghantaran yang telah beroperasi dari dari tahun 2021 dan beroperasi setiap hari tanpa cuti. Jadi jika anda ingin menghantar pesanan dengan cepat kepada pelanggan anda, Flash Express merupakan antara pilihan yang baik.

Sistem BOSS mempunyai fungsi integrasi dengan Flash Express yang anda boleh lakukan dengan mudah. Pertama sekali apa yang perlu anda buat ialah daftar akaun anda dengan Flash Express dan seterusnya dapatkan Key Account Password daripada wakil Flash Express.

Selepas itu, log masuk ke sistem BOSS dan pergi ke Integrations > Flash Express. Untuk mula menggunakan perkhidmatan Flash Express, pada halaman ini anda perlu disablekan dahulu pilihan Sandbox dan kemudian klik pada butang Authorize.

cara melakukan integrasi dengan flash

Selepas itu pada halaman berikutnya, masukkan nombor telefon yang telah anda daftarkan dengan Flash Express sebelum ini dan klik pada butang Next step.

cara melakukan integrasi dengan flash express 1

Kemudian akhir sekali, masukkan Key Account Password dan klik butang Log in.

cara melakukan integrasi dengan flash express 2

 

Bacaan Lain Untuk Anda