Untuk melakukan integrasi dengan BillPlz, pertama sekali anda perlu daftar akaun dengan BillPlz di sini https://sso.billplz.com/users/sign_up.
Setelah selesai mendaftar, log masuk ke akaun BillPlz anda untuk mendapatkan API Key, Collection ID, Payment Order Collection ID (Payout) dan juga X-Signature.
Untuk mendapatkan API Key dan juga X-Signature, klik pada nama perniagaan yang anda daftarkan di BillPlz kemudian klik pada SETTINGS. Selepas itu, klik pada Keys & Integration dan klik pada BILLPLZ SECRET KEY untuk mendapatkan API Key dan juga XSIGNATURE PAYMENT untuk mendapatkan X-Signature.
Untuk mendapatkan Collection ID, klik pada menu BILLING dan kemudian klik butang Create Collection untuk mencipta Billing Collection yang baru. Selepas itu, anda boleh salin Collection ID dari Billing Collection yang telah anda cipta tersebut.
Kemudian untuk mendapatkan Payout ID pula, klik pada menu PAYMENT ORDER dan kemudian klik butang Create Collection untuk mencipta Payout Collection yang baru. Selepas itu, salin bahagian Collection Slug untuk dimasukkan ke bahagian Payout ID dalam sistem BOSS anda.
Selepas anda menyalin semua maklumat dari akaun BillPlz anda, login ke dalam sistem Boss anda kemudian klik pada Integrations > Billplz. Kemudian di halaman BillPlz Integrations, anda boleh memasukkan maklumat tersebut ke dalam ruangan seperti di bawah.
- API Key – Anda boleh mendapatkan API Key di akaun BillPlz anda. Sila rujuk perenggan di atas tentang cara untuk mendapatkannya.
- Collection ID – Anda boleh mencipta Collection di akaun BillPls anda dan seterusnya memasukkan IDnya di sini. Sila rujuk perenggan di atas tentang cara untuk mendapatkannya.
- Payment Order Collection ID (Payout) – Anda boleh mendapatkan Payment Order Collection ID (Payout) di akaun BillPlz anda. Sila rujuk perenggan di atas tentang cara untuk mendapatkannya.
- X-Signature – Anda boleh mendapatkan X-Signature di akaun BillPlz anda. Sila rujuk perenggan di atas tentang cara untuk mendapatkannya.
- FPX Charge (RM) – BillPlz akan mengecaj anda RM0.50 bagi setiap pembelian yang berlaku. Anda boleh memilih untuk memindahkan caj tersebut kepada ahli anda dengan memasukkan jumlahnya di sini dengan jumlah maksimum RM1.50.
- Payout Charge (RM) – Apabila anda melakukan integrasi dengan BillPlz, komisen kepada ahli anda juga akan diuruskan oleh BillPlz dan anda akan dicaj sebanyak RM0.50 untuk setiap pembayaran. Anda boleh memindahkan caj tersebut kepada ahli anda dengan memasukkan jumlahnya di sini. Jika anda memasukkan nilai RM1.00 untuk Payout Charge ini, bagi pembayaran komisyen berjumlah RM100, ahli anda akan mendapat jumlah bayaran sebanyak RM99
- Sandbox – Sekiranya laman web anda sudah bersedia untuk menerima pembelian, anda harus disablekan pilihan ini. Anda hanya perlu enable Sandbox semasa melakukan ujian untuk sistem BOSS sahaja.
Selepas anda berpuas hati dengan tetapan yang dilakukan, klik pada butang Save untuk menyimpan tetapan anda.
Sila tonton video di bawah untuk penjelasan lanjut tentang cara untuk melakukan integrasi dengan Billplz.