Cara HQ Melihat Komisen Seller

HQ boleh melihat jumlah komisen yang diterima dan dibayar kepada seller dengan klik pada menu Commissions.

Di halaman Float Commissions yang boleh diakses dari menu Commissions > Float, jumlah komisen untuk order yang berada di dalam status Pending akan dipaparkan di sini.

cara hq melihat komisen seller

Sebaik sahaja order diterima oleh pelanggan, komisen ini akan dimasukkan ke akaun seller dan akan dipaparkan di bahagian Earned Commissions yang boleh diakses dari menu Commissions > Earned. Komisen yang disenaraikan di sini sudah dimasukkan ke dalam akaun Seller.

cara melihat komisen seller

Di bahagian Paid Commissions pula yang boleh diakses dari menu Commissions > Paid, semua komisen yang telah dibayar kepada seller akan dipaparkan di sini. Anda boleh merujuk artikel Cara HQ Membayar Komisen untuk melihat bagaimana pembayaran komisen ini dibuat.

cara melihat komisen seller 1

Dan di bahagian All Commissions yang boleh diakses dari menu Commissions > All, semua jenis komisen akan dipaparkan di sini dan anda boleh filter komisen yang ingin dipaparkan berdasarkan kriteria berikut;

User – anda boleh pilih untuk melihat komisen bagi user tertentu sahaja atau semua users

From – anda boleh pilih untuk melihat dari mana komisen tersebut diperolehi, sama ada dari Sales, ROAS, Delivery dan sebagainya.

Type – anda boleh pilih untuk melihat jenis komisen tersebut iaitu sama ada Float, Earned atau Paid.

Status – anda boleh pilih untuk melihat status komisen tersebut iaitu sama ada Pending, Approve atau Rejected.

cara melihat komisen seller 2

Bacaan Lain Untuk Anda