Cara Edit Templates Notifikasi WhatsApp

Selain dari emel, Sistem BOSS juga akan menghantar WhatsApp kepada penjual dan juga pelanggan untuk setiap status pesanan bermula dari pesanan dibuat sehinggalah barang yang dipesan sampai kepada pelanggan. Pelanggan dan penjual juga akan menerima WhatsApp apabila pesanan ditolak atau dipulangkan semula. Anda boleh merujuk gambar di bawah atau pergi ke sistem BOSS anda dan pada menu sebelah kiri klik pada Templates > WhatsApp untuk melihat senarai WhatsApp yang akan dihantar kepada penjual dan pelanggan. Pastikan anda terlebih dahulu telah melakukan integrasi antara sistem BOSS dan WhatsApp.

whatsapp templates scaled

 

Anda boleh memilih untuk mengaktifkan atau mematikan notifikasi setiap WhatsApp ini dengan mengetik pada butang loceng di ruang Actions sebelah kanan. Butang berwarna hijau bermaksud WhatsApp ini aktif dan akan dihantar kepada penjual atau pelanggan dan butang berwarna merah bermaksud ianya tidak aktif.

Anda juga boleh melihat WhatsApp yang manakah yang akan dihantar kepada penjual dan WhatsApp yang manakah akan dihantar kepada pelanggan dengan melihat pada ruang For di mana ia akan mencatatkan sama ada WhatsApp tersebut dihantar kepada Seller atau Customer.

Untuk mengubah suai WhatsApp yang akan dihantar, ketik pada butang pensel dan anda akan dibawa ke halaman Edit Template. Anda tidak boleh mengubah suai bahagian Title, Platform dan For kerana ini sudah ditetapkan di dalam sistem BOSS.

whatsapp templates 1

Anda hanya boleh mengubah suai bahagian di bawahnya sahaja iaitu Message Template.

whatsapp templates 2

Anda boleh mengubah suai WhatsApp yang akan dihantar kepada penjual dan pelanggan anda dengan memasukkan ayat anda sendiri dan juga menggunakan tag dari bahagian Available Tags untuk memasukkan maklumat dari sistem BOSS secara automatik. Pastikan anda menggunakan tag yang sesuai bergantung kepada siapa WhatsApp tersebut dihantar iaitu penjual atau pelanggan.

Selepas anda berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan, ketik pada butang Update WhatsApp Template untuk menyimpan perubahan tersebut.

Bacaan Lain Untuk Anda