Cara Export Order Data

Jika anda ingin memuat turun order data dalam format Excel, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

Dalam sistem BOSS, pergi ke menu Export > Orders dan di halaman Export Order Data anda boleh memilih data yang ingin anda export mengikut pilihan di bawah.

cara export order data

Select Role – pilih user role tertentu atau pilih Any Role untuk semua role.

Select User – pilih user yang tertentu atau pilih Any User untuk semua user.

Select Products – pilih produk yang tertentu atau pilih Any Products untuk semua produk.

Order Status – pilih status order tertentu atau pilih Any Status untuk semua status order.

Payment Method – pilih kaedah bayaran tertentu atau pilih Any Payment untuk semua kaedah pembayaran.

Payment Status – pilih status pembayaran paid atau unpaid atau pilih Any Status untuk semua status pembayaran.

Shipping Method – pilih kaedah penghantaran tertentu atau pilih Any Shipping untuk semua kaedah penghantaran.

Date From – tarikh permulaan data yang ingin diexport.

Date To – tarikh akhir untuk data yang ingin diexport.

Selepas anda selesai menetapkan pilihan di atas, klik butang Export Order untuk memuat turun data tersebut di dalam format Excel (.xlsx).

 

Bacaan Lain Untuk Anda