Cara Ejen Tambah Atau Kemas kini Maklumat Bank

Untuk mengeluarkan komisen, semua ejen perlu menambah maklumat bank mereka.

Pertama sekali, ejen perlu log masuk ke sistem BOSS dan pergi ke bahagian My Banks.

MY BANKS

User – bila anda log masuk sebagai ejen, nama anda akan terpilih secara automatik di bahagian ini.

Bank Name – pilih nama bank yang ingin anda tambah / kemas kini.

Account Type – pilih jenis akaun bank yang ingin anda tambah / kemas kini sama ada akaun syarikat atau akaun peribadi

Account Name – Nama pemilik akaun bank

Account Number – no akaun bank

IC / SSM Number – Masukkan nombor IC jika jenis akaun yang anda pilih adalah akaun peribadi. Masukkan nombor SSM jika jenis akaun yang anda pilih adalah akaun syarikat.

Selepas anda mengisi semua maklumat di atas, klik pada butang Add Bank. Seterusnya anda perlu menunggu maklumat bank anda disahkan oleh Billplz dan proses ini biasanya akan mengambil masa 2-3 hari bekerja.

 

Bacaan Lain Untuk Anda