Sebelum menetapkan halatuju bisnes, kebiasaannya mana mana syarikat sekali pun akan menyiapkan beberapa analisa penting. Antaranya analisa SWOT, BCG dan tak lupa juga Business Model Canvas bertujuan untuk menyusun perjalanan bisnes. Bagi mereka yang ingin belajar mengenai busines model canvas, boleh terus cari tulisan Eric Ries dalam buku beliau bertajuk Lean Startup. Adapun begitu, kami ingin berkongsi beberapa jenis model bisnes yang mungkin anda akan gunakan dalam perniagaan sendiri. Sebelum itu, bukan semua model di bawah sesuai untuk semua bisnes dan terpulang atas anda bagaimana mahu mengadaptasi model tersebut.
1. Model Pengiklanan/Adnetwork
Jika kita menyelusuri laman web media, pasti akan ada slot iklan di bahagian tengah konten atau bahagian tepi website dan adakalanya popup iklan. Itulah iklan dan modus operandi ini biasa digunapakai oleh syarikat media. Ibaratnya, anda seorang pengiklan di Google, Google akan menayangkan iklan anda di web tertentu kemudian pembayaran akan dibuat oleh Google kepada web media yang sebelumnya telah dibayar oleh pengiklan produk.
Nampak seperti mudah tetapi model pengiklanan ini mengambil masa yang lama untuk membina tribe sendiri. Tambahan, selain Google Adsense, Innity dan banyak lagi adnetwork yang boleh anda terokai.
2. Konsep Affiliate
Sama seperti ejen tetapi biasa digunakan untuk produk digital. Kelebihan model ini ialah ejen affiliate tidak memerlukan modal untuk bermula dan boleh terus membuat jualan. Justeru, ianya melajukan jualan untuk pemilik produk itu sendiri. Dari satu sudut pula, pendiri bisnes harus faham yang kos lain juga harus ada seperti kos menyediakan bahan promosi, kos membayar endorser dan sebagainya. Jika tiada ‘social proof’, siapa yang akan sudi menjadi ejen produk kita kan?
3. Model Langganan
Kebiasaan model langgan (subscription) digunakan oleh syarikat penyedia solusi teknologi (SAAS) dan pilihan pembayaran yang ada ialah secara bulanan atau lumpsum payment. Kebaikannya, kita cuma mencipta software solusi itu sekali sahaja tetapi produk yang sama boleh dijual secara langganan kepada semua pelanggan. Sudah tentu margin di sini besar dan bagus untuk bisnes tersebut.
Pada masa yang sama kekurangan model ini adalah mengekalkan kesetiaan pelanggan disebabkan produk teknologi sangat dinamik dan laju di pasaran. Sudah tentu banyak pesaing akan muncul dan pelanggan yang berdaftar bulanan dengan kita boleh membatalkan langganan bila bila masa sahaja. Salah satu cara yang boleh digunapakai untuk menaikkan produk model langganan ialah membina komuniti yang membantu orang ramai secara percuma.
4. E-commerce
Kelebihan model ini adalah kita boleh terus kepada pelanggan tanpa ada orang tengah dan semestinya pelanggan boleh terus melakukan pembelian secara real time. Menariknya lagi, ecommerce didatangkan dengan pelbagai fungsi automasi seperti abandon cart features, shipping features dan banyak lagi. Salah satu kekurangan ecommerce pula, kos acquire customer agak mahal dibandingkan menggunakan sistem ejen di samping mengambil masa yang lama untuk membina jenama ecommerce. Antara halangan ecommerce yang anda perlu fikirkan sebenarnya perbandingan dengan marketplace yang sedia ada, contohnya bagaimana ecommerce anda boleh menjamin keselamatan wang pelanggan berbanding marketplace.
5. Freemium
Singkatan Free (Percuma) ditambah Premium yang membawa makna secara ringkas, produk diberikan percuma tetapi model bisnes ini banyak fokus kepada bahagian upsell selepas itu. Sebagai contoh, Linkedin sebuah portal yang menawarkan pelbagai servis secara percuma tetapi servis premium mereka seperti portal pembelajaran, servis pengiklanan dan banyak lagi fungsi diletakkan sebagai produk jualan selepas itu. Antara cabaran utama model bisnes freemium tak lain tak bukan adalah masa. Jika kita berjaya menukarkan pelanggan kepada pembeli servis tambahan, itu memang bagus. Walaubagaimanapun jika kita tidak berjaya, segala masa dan modal akan dihabiskan berkala terus dengan masa yang kita hanguskan selama ini.
Kesimpulannya, apa apa model bisnes sekalipun ada kekurangan dan kelebihannya masing-masing. Tanpa berdolak-dalih, pilihlah satu model yang sesuai dengan modal, masa yang boleh diluangkan dan kenali jenis bisnes anda sendiri. Jika anda berminat untuk membaca perkongsian bagaimana sistem ejen TheBoss membantu ramai usahawan memulakan sistem pengurusan ejen mereka, boleh terus ketik di sini.