Postage Cost

Dalam artikel sebelum ini, kami ada berkongsikan cara untuk melakukan integrasi dengan syarikat kurier seperti Ninja Van, J&T Express dan DHL eCommerce. Dan selepas melakukan integrasi tersebut, anda boleh menambah atau mengemas kini kos penghantaran dan juga caj untuk COD di bahagian Postage Cost.

postage cost scaled

Terdapat dua ruang di halaman Postage Cost ini iaitu Add or Update Postage Cost untuk menambah atau mengemas kini kos penghantaran dan juga Available Postage Costs untuk melihat senarai kos penghantaran yang telah dimasukkan sebelum ini dan anda boleh memilih untuk memadam mana-mana yang sudah tidak digunakan.

Select Provider – Jika anda ingin mengemaskini kos penghantaran sedia ada, pilih Provider yang telah disenaraikan di sini. Jika ingin menambah yang baru, sila masukkan nama Provider di ruang kosong atas sekali seperti imej di bawah.

postage cost 1

Select Zone – Jika anda ingin mengemaskini kos penghantaran sedia ada, pilih Zone yang telah disenaraikan di sini. Jika ingin menambah yang baru, sila masukkan nama Zone di ruang kosong atas sekali seperti imej di bawah.

postage cost 2

First KG (RM) – Masukkan kos penghantaran untuk satu KG pertama di sini.

Per KG After (RM) – Masukkan kos penghantaran untuk setiap satu KG yang berikutnya di sini.

COD Charge (RM) – Masukkan caj untuk COD di sini.

Setelah memasukkan semua maklumat di atas, tekan butang Add / Update untuk menambah atau mengemas kini.

Bacaan Lain Untuk Anda