Business Model Canvas BMC 101 [2023]

Business Model Canvas (BMC), atau Model Kanvas Bisnes dalam Bahasa Melayu, merupakan topik penting dalam sekolah perniagaan dan seminar strategi perniagaan.

Diperkenalkan buat pertama kali oleh Alexander Osterwalder dan Yves Pigneur dalam buku mereka Business Model Generation, BMC mencadangkan setiap bisnes mempunyai sembilan blok asas:

1. Segmen pelanggan (customer segment)
2. Tawaran nilai (value proposition)
3. Hubungan pelanggan (customer relationship)
4. Saluran (channels)
5. Aliran pendapatan (revenue streams)
6. Aktiviti utama (key activities)
7. Sumber utama (key resources)
8. Rakan utama (key partner)
9. Struktur kos Ccost structure)

Business Model Canvas (BMC) diajar di sekolah dan seminar perniagaan kerana ia alat berkesan untuk merangka dan memahami model perniagaan. Ia membolehkan anda untuk berfikir secara strategik – bagaimana syarikat mencipta dan memberi NILAI.

Dalam bisnes, NILAI adalah punca utama pelanggan membeli daripada anda. Semakin banyak nilai yang bisnes anda tawarkan, semakin banyak sebab pelanggan membeli daripada anda.

Apa yang cantik tentang BMC adalah ia boleh digunakan pada bila-bila masa sepanjang perjalanan perniagaan. Baru nak buat bisnes? Buat BMC. Bisnes dah jalan 10 tahun? Buat BMC. Ia adalah alat fleksibel dan boleh diubah mengikut perubahan dalam persekitaran perniagaan.

Kenapa Business Model Canvas (BMC)?

Business Model Canvas (BMC) alat penting dalam perancangan strategik dan pembangunan model bisnes kerana 10 sebab:

1. Mudah dan jelas difahami
Sembilan blok BMC membolehkan anda nampak framework jelas tentang model bisnes. Tanpa BMC, model bisnes nampak macam kalkulus. Susah nak faham.

2. Memudahkan kerjasama
Fitrah BMC yang bersifat visual membuatkannya alat paling sesuai untuk brainstorm idea untuk memajukan bisnes. Ia membolehkan semua pemegang syer syarikat anda faham secara jelas model bisnes syarikat.

3. Galakkan inovasi
Dengan menggalakkan anda untuk fikir setiap aspek model bisnes syarikat, BMC boleh mencetuskan pemikiran inovatif. Anda dapat mengesan di bahagian mana bisnes anda boleh diperbaiki.

4. Fokus kepada nilai
Tawaran nilai adalah salah satu daripada sembilan blok BMC. Blok ini khusus untuk membantu syarikat anda mengutamakan pelanggan. Tiada apa yang membuatkan pelanggan suka syarikat anda selain daripada nilai.

5. Versatil
BMC boleh digunakan oleh bisnes dari pelbagai latar belakang industri dan saiz. Ia turut boleh digunakan oleh bisnes dari pelbagai peringkat – dari tahap pemula sehinggalah veteran industri.

6. Alat komunikasi
Tak tahu cara untuk terangkan model bisnes syarikat anda kepada pemegang syer, pelabur, staf atau pelanggan? Gunakan BMC. Serta-merta, mereka akan faham.

7. Perancangan strategi
Dengan menulis aktiviti, sumber dan rakan utama, BMC memastikan semua orang selari dengan matlamat strategik syarikat dan aktiviti operasinya.

8. Struktur kos dan aliran pendapatan
Fokus BMC kepada struktur kos dan aliran pendapatan membolehkan pengurusan syarikat anda berfikir secara kritikal tentang kemampanan kewangan dan keuntungan.

9. Mengenalpasti risiko
Dengan memberikan pandangan komprehensif terhadap model bisnes, BMC membantu anda mengenalpasti potensi risiko di pelbagai kawasan sebelum risiko tersebut menjadi realiti.

Business Model Canvas (BMC) dah tak relevan?

Terdapat juga pendapat di luar sana yang mengatakan Business Model Canvas (BMC) sudah tidak relevan, terutamanya dalam alam bisnes sekarang yang semakin rumit. Ada 8 hujah mendukung premis ini:

1. Tak semua bisnes sama
Pendekatan ‘one-size-fits-all’ BMC yang mengatakan semua bisnes ada sembilan blok tanpa mengira industri, umur dan saiz mungkin terlalu mempermudahkan kerumitan sesuatu bisnes.

2. Kurangnya analisis pesaing
Pengkritik BMC mengatakan BMC tidak mempunyai satu seksyen khas pun untuk menganalisis pesaing – satu ‘blok’ yang penting untuk merangka model bisnes.

3. Input yang subjektif
Keberkesanan BMC bergantung kepada penilaian objektif yang bersandarkan data. Malangnya kebanyakan kali BMC diisi dengan penilaian subjektif yang mudah dipengaruhi bias dan agakan.

4. Lumrah yang statik
Model BMC yang statik tidak mengambil kira lumrah bisnes yang dinamik. Ia tidak mengambil kira aspek bisnes yang sentiasa berevolusi seperti sikap pelanggan, trend pasaran dan landskap kompetitif.

5. Tiada fokus terhadap perlaksanaan
Pengkritik BMC turut menekankan hakikat BMC sendiri yang tidak menyertakan sebarang panduan tentang cara untuk melaksanakan strategi yang telah ditulis. Rancang semua orang boleh, tapi nak melaksanakannya cerita lain pula.

6. Mengabaikan budaya organisasi
BMC turut mengabaikan budaya syarikat, yang boleh menentukan kejayaan sesebuah model bisnes.

7. Pemahaman cetek terhadap pelanggan
Walaupun BMC ada blok ‘Segmen Pelanggan’, ia masih tidak mendalami sepenuhnya keperluan pelanggan, sikap pelanggan dan keutamaan pelanggan yang kritikal terhadap kejayaan bisnes.

8. Penekanan berlebihan terhadap inovasi
Meskipun inovasi penting dalam bisnes, BMC ada kalanya terlalu menekankan keperluan untuk mencari model bisnes yang baharu dan mengabaikan model bisnes sedia ada. Dikhuatiri yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Template Business Model Canvas (BMC)

Business Model Canvas (BMC) tipikal biasanya berbentuk sebegini:

business model canvas bmc template

Anda boleh juga memuat turun template BMC di bawah:

Klik pautan di bawah untuk memuat turun template Business Model Canvas:

KLIK DI SINI

Cara mengisi Business Model Canvas (BMC)

Untuk mengisi Business Model Canvas (BMC), anda kena isi mengikut urutan, sejujur-jujurnya, tentang bisnes anda dalam semua sembilan blok. Berikut merupakan panduannya:

Langkah 1: Segmen pelanggan (customer segment)
Kenalpasti siapa pelanggan anda. Adakah anda menjual kepada pasaran massa (mass market), pasaran peluang (niche market) atau pelbagai segmen sekaligus? Apa kemahuan dan kehendak mereka?

Langkah 2: Tawaran nilai (value proposition)
Apa nilai unik yang bisnes anda beri kepada pelanggan? Apa masalah pelanggan yang bisnes anda selesaikan? Apa kemahuan pelanggan yang bisnes anda penuhi? Apa yang membuatkan produk/servis anda berbeza dengan pesaing lain?

Langkah 3: Hubungan pelanggan (customer relationship)
Apakah jenis hubungan yang bisnes anda buat dengan pelanggan? Layan diri? Staf datang bantu (personal assistance)? Servis automatik? Komuniti?

Langkah 4: Saluran (channels)
Bagaimana bisnes anda memberi nilai kepada pelanggan? Adakah melalui servis di kedai? Melalui plaform online? Melalui jualan langsung? Borong? Atau apakah cara yang bisnes anda gunakan untuk hantar produk/servis kepada pelanggan?

Langkah 5: Aliran pendapatan (revenue streams)
Bagaimana bisnes anda buat duit? Adakah melalui jualan langsung? Langgan? Lesen? Pengiklanan? Berapa banyak setiap saluran menyumbang kepada pendapatan bisnes secara keseluruhan?

Langkah 6: Aktiviti utama (key activities)
Apakah aktiviti paling penting yang bisnes anda kena buat untuk jana nilai, bagi nilai kepada pelanggan dan seterusnya buat duit?

Langkah 7: Sumber utama (key resources)
Apakah aset paling kritikal terhadap bisnes anda? Akah ia bangunan? Tanah? Peralatan? Aset intelektual seperti paten atau data pelanggan?

Langkah 8: Rakan utama (key partner)
Siapakah rakan utama atau pembekal dalam bisnes anda? Apakah sumber yang anda beli daripada mereka? Dan apakah aktiviti bisnes mereka?

Langlah 9: Struktur kos (cost structure)
Apakah kos paling signifikan dalam model bisnes anda? Apakah sumber dan aktiviti bisnes yang paling mahal?

#1 Contoh BMC: Bisnes makanan (gerai ayam goreng)

contoh bmc bisnes makanan (gerai ayam goreng)

#2 Contoh BMC: Bisnes makanan (restoran makanan Thai)

contoh bmc bisnes makanan (restoran Thai)

#3 Contoh BMC: Bisnes kedai bundle

contoh bmc bisnes pakaian (kedai bundle)

#4 Contoh BMC: Bisnes jual tudung online

contoh bmc bisnes pakaian (jual tudung online)

#5 Contoh BMC: Bisnes jual insurans

contoh bmc bisnes insurans (ejen insuran online)

Bacaan Lain Untuk Anda