Cara Untuk Menukar Maklumat Users

Di bahagian My Account, semua pengguna termasuk dari HQ seperti Manager dan Accountant dan juga pengguna lain seperti Stokis, Agent, Dropship, Sales Team dan juga Leader boleh melihat dan mengemaskini maklumat akaun masing-masing. Dalam sistem BOSS anda, klik pada My Account dan maklumat akaun anda seperti di bawah akan dipaparkan.

my account scaled

Untuk mengemaskini akaun anda, klik pada Update Account dan anda boleh mengemaskini maklumat-maklumat anda seperti di bawah.

my account 1 scaled

Selepas selesai mengemaskini maklumat akaun anda, sila klik pada butang Update Information untuk menyimpan.

Untuk menukar gambar profil atau avatar anda, klik pada Change Avatar dan anda boleh memuatnaik gambar dari komputer anda sebagai avatar yang baru. Selepas memuatnaik, klik pada Update Avatar untuk menyimpan.

my account 2 scaled

Untuk menukar kata laluan anda, klik pada Change Password. Kemudian masukkan kata laluan anda yang lama sekali dan kata laluan yang baru sebanyak dua kali. Selepas itu, klik pada butang Change Password untuk menyimpan kata laluan anda yang baru.

my account 3 scaled

Bacaan Lain Untuk Anda