Cara Tetapkan Smart Point

Sistem BOSS mempunyai ciri mata ganjaran sebagai hadiah untuh ahli anda yang diberi nama Point (nama yang anda pilih). Untuk mengakses halaman Point Settings, di dalam sistem BOSS anda, klik pada Settings > Point. Anda boleh menukar beberapa tetapan seperti di bawah.

point settings

  1. Point Name – anda boleh menukar nama mata ganjaran di sini. Satu perkataan sahaja dibenarkan dengan panjang perkataan minimum 3 huruf dan maksimum 12 huruf.
  2. Exchange Rate – kadar tukaran wang untuk setiap point. Jumlah minimum yang dicadangkan ialah RM0.01 untuk setiap point.
  3. Exchange Minimum – jumlah minimum point yang boleh ditukar. Jumlah minimum yang dicadangkan ialah 100 dan maksimum 10,000.
  4. Can Exchange For Coupon – enable atau disable pilihan untuk membenarkan ahli menukarkan point ke kupon.
  5. Can Exchange For Wallet – enable atau disable pilihan untuk membenarkan ahli menukarkan point ke Wallet ahli berdasarkan kadar tukaran yang ditetapkan di atas.

Selepas anda melakukan pertukaran seperti yang dikehendaki, klik pada butang Save untuk menyimpan tetapan anda.

Bacaan Lain Untuk Anda