Anda boleh meletakkan brand untuk setiap produk yang anda tambah di dalam sistem BOSS dengan mengikuti langkah-langkah berikut.
Pertama sekali log masuk ke sistem anda dan pergi ke Products>Brands.
Name – nama brand yang ingin ditambah
Description – keterangan untuk brand tersebut
Status – pilihan untuk aktif atau nyahaktif brand tersebut
Available for All Users – pilih sama ada brand ini tersedia untuk semua users atau tidak
Setelah anda memasukkan maklumat-maklumat di atas, klik butang Add Brand untuk menambah brand tersebut.
Anda boleh melihat brand yang telah ditambah sebelum ini di bahagian Brands.
Untuk menambah brand pada produk, pergi ke Products>All Products.
Kemudian pilih produk dan klik Edit.
Seterusnya anda boleh tetapkan Brand produk tersebut dengan memilih brand yang telah anda tambah sebelum ini dan klik butang Update Product.
Sila tonton video di bawah untuk penjelasan lanjut tentang cara untuk menambah brand produk.