5 Langkah Yang Boleh Dilakukan Pemilik Bisnes Untuk Tingkatkan Jualan Produk

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai individu yang memilih untuk menjadi pemilik bisnes serta penjual sekaligus meningkatkan persaingan. Hal ini secara tidak langsung turut mendesak pemilik bisnes untuk tampil lebih kreatif dalam usaha untuk menarik perhatian pelanggan.  Oleh itu, kami pada kali ini akan berkongsi kepada anda selaku pemilik bisnes atau penjual 5 langkah yang boleh dicuba dalam usaha untuk menarik perhatian pelanggan sekaligus meningkatkan jumlah penjualan produk.

Untuk pengetahuan, tip yang dikongsikan ini sesuai diaplikasikan buat mereka yang menjalankan bisnes secara online atau offline. Mereka yang menawarkan bisnes melibatkan produk atau servis boleh cuba tip mudah ini.

#1 Tekankan USP kepada para pelanggan

USP atau ‘unique selling point’ merupakan ciri berbeza yang terdapat pada produk berkenaan. Sebagai contoh, anda boleh tekankan mengapa produk atau servis yang ditawarkan berbeza dengan yang tersedia oleh rangkaian kedai yang lain. Anda juga perlu kreatif menggunakan USP bersesuaian dengan masalah yang dihadapi pengguna dalam menarik perhatian pelanggan untuk mencuba produk yang ditawarkan anda. Buat penyedia servis, anda boleh menawarkan waranti yang lebih panjang atau harga yang lebih rendah berbanding pesaing.

#2 Lancarkan pertandingan

Siapa sahaja tidak suka dengan pertandingan? Lebih-lebih lagi pertandingan yang menjanjikan hadiah yang menarik. Sekiranya anda mempunyai budget yang lebih, anda juga dapat melakukannya dengan mempersiapkan hadiah yang dijangka dapat menarik perhatian pengguna. Menerusi pertandingan yang dibuat, anda boleh mempromosikan pertandingan dengan mungkin menyuruh mereka yang mahu menyertai pertandingan berkenaan untuk like, tag dan share bisnes anda di media sosial yang sekaligus dapat mempromosikan bisnes anda kepada orang ramai.

#3 Menulis ayat jualan yang menyentuh emosi pelanggan

Seperti ramai sedia maklum, hampir semua dewasa pada ketika ini menggunakan media sosial setiap hari. Hal ini membuatkan mereka terdedah kepada pelbagai iklan setiap hari. Oleh yang demkian, sebagai pemilik atau penjual, anda perlu kreatif dalam menghasilkan ayat jualan atau copywriting yang berjaya menarik mata pelanggan untuk membaca apa yang dipromosikan anda.

Sebagai contoh, anda boleh menyentuh emosi pelanggan dengan menggunakan tajuk yang sedih atau berkait dengan kehidupan potensi pelanggan sekaligus membuatkan mereka berminat untuk mengetahui mengenai produk yang ditawarkan.

#4. Menjalankan iklan berbayar

Sekiranya anda sudah aplikasikan tiga perkara seperti yang didsebutkan di atas serta mahu tingkatkan jumlah jualan, kami sarankan anda untuk cuba mendapatkan iklan berbayar.

Antara iklan berbayar yang boleh didapatkan tersedia pada platform Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok.

Dalam pada itu, anda perlu kreatif memilih platform manakah yang sesuai untuk anda menjalankan iklan. Pastikan juga kos iklan tidak terlalu tinggi bagi menampung kos jualan.

#5. Melantik ejen jualan

Sebuah lagi cara yang boleh dipraktikkan adalah dengan melantik ejen.Mereka ini boleh dilantik mengikut kuota yang ditetapkan atau mengikut negeri dalam usaha untuk memudahkan pelanggan mendapatkan produk menerusi ejen yang sah.

Menggunakan sistem ejen bukanlah perkara yang mudah namun sangat berbaloi. Dalam erti kata lain, pemilik bisnes perlu meluang masa dalam menceritakan kelebihan dan kekurangan produk bagi memudahkan ejen untuk memahami denga lebih mendalam mengenai produk yang ditawarkan.

Kami yakin sekiranya anda mempraktikkan lima langkah ini, bilangan pelanggan anda juga akan bertambah sekaligus meningkatkan angka jualan produk. Pada masa yang sama, jika anda ingin mengetahui rahsia pemilik bisnes boleh berjaya dalam bisnes, silakan ketik link ini.

 

Bacaan Lain Untuk Anda