Jika anda ingin memuat turun data users dalam format Excel, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah berikut.
Dalam sistem BOSS, pergi ke menu Export > Users dan di halaman Export Users anda boleh memilih data yang ingin anda export mengikut pilihan di bawah.
Export With Parent Name – enablekan pilihan ini untuk download data besertakan nama ahli atas kepada setiap user
Export With Total Sales – enablekan pilihan ini untuk download data bersertakan jumlah jualan setiap user
Date From – tarikh permulaan jumlah jualan yang ingin diexport.
Date To – tarikh akhir untuk jumlah jualan yang ingin diexport.
Selepas anda selesai menetapkan pilihan di atas, klik butang Export Users untuk memuat turun data tersebut di dalam format Excel (.xlsx).