Apa itu R.O.A.S. Max Dan Cara Menggunakannya

Jika anda mempraktiskan komisen kepada Sales Team seperti total sales bulanan – dengan kos ads yang dibelanjakan secara bulanan, modul ini sesuai dengan anda.

Sistem akan mengirakan berapa jumlah jualan bulanan yang telah dilakukan oleh seorang seller dari sales team, dengan menolak kos iklan yang telah diberikan oleh HQ selama sebulan.

R.O.A.S. Max merupakan hasil keuntungan dari jumlah jualan yang telah ditolak semua semua kos iaitu kos produk, kos penghantaran dan juga kos pengiklanan. Keuntungan ini nantilah yang akan dikira untuk komisen R.O.A.S. Max yang akan diberikan kepada Sales Team.

r o a s commission 5 scaled

Untuk membayar komisen R.O.A.S. Max kepada Sales Team, pergi ke R.O.A.S. Max > Dispatch, pilih user dan kemudian pilih bulan untuk komisen tersebut.

r o a s commission 6

Selepas anda klik pada butang Next Step, anda akan dipaparkan maklumat jualan, kos, keuntungan dan juga komisen untuk user tersebut. Klik butang Dispatch Commission untuk memasukkan komisen tersebut ke akaun user.

r o a s commission 7

Untuk menetapkan jumlah komisen R.O.A.S. Max, anda perlu pergi ke Settings > General dan di bahagian bawah sekali, terdapat tetapan untuk R.O.A.S. Max seperti gambar di atas.

Allow Current Month – aktifkan pilihan ini untuk membolehkan pembayaran komisen untuk bulan semasa

Ads SST (%) – peratusan cukai pengiklanan

R.O.A.S. Commission (%) – peratusan komisen untuk Sales Team.

 

Bacaan Lain Untuk Anda