Cara Tambah Kategori Produk

Jika anda mempunyai produk yang pelbagai jenis, anda boleh mengkategorikan produk tersebut dengan menggunakan fungsi Categories. Dalam sistem BOSS anda, klik pada menu Products > Categories dan di sini anda boleh menambah kategori baru atau melihat senarai kategori sedia ada.

kategori produk scaled

Di bahagian Add New Category anda boleh menambah kategori baru dengan memasukkan maklumat-maklumat berikut.

Name – nama kategori yang ingin ditambah.

Description – keterangan untuk kategori tersebut.

Status – tetapkan sama ada kategori aktif atau tidak.

Can Import by BOSS Connect – tetapkan sama ada boleh diimport oleh plugin BOSS connect atau tidak.

Di bahagian Categories All, anda akan dapat melihat semua kategori yang telah ditambah. Tekan butang berwarna biru untuk melihat semua produk di bawah kategori tersebut atau tekan butang berwarna kuning untuk edit kategori dan butang berwarna merah untuk padam kategori.

Sila tonton video di bawah untuk penjelasan lanjut tentang cara untuk menambah kategori produk

Bacaan Lain Untuk Anda