Anda boleh melakukan integrasi di antara sistem BOSS dengan aplikasi WhatsApp untuk membolehkan anda menghantar mesej kepada pelanggan anda untuk memberitahu tentang status pembelian mereka.
Terdapat beberapa kaedah untuk melakukan integrasi WhatsApp mengikut penyedia perkhidmatan yang anda gunakan.
Integrasi dengan menggunakan WooWa
Untuk melakukan integrasi dengan menggunakan WooWa, pertama sekali anda perlu membuka akaun Woowa di sini. Selepas itu, sila ikuti langkah dalam video di bawah tentang cara untuk mendapatkan WooWa Key.
Seterusnya, log masuk ke sistem BOSS anda dan pergi ke bahagian Integration > WhatsApp dan pada bahagian Provider, sila pilih WooWa dan masukkan WooWa Key yang anda dapatkan dari langkah di atas kemudian tekan butang Save.
Integrasi dengan menggunakan WasapBot
Untuk melakukan integrasi dengan menggunakan WasapBot, pertama sekali anda perlu mendaftar akaun di sini dan selepas itu, sila rujuk video di bawah untuk mendapatkan Access Token dan Instance ID.
Seterusnya, log masuk ke sistem BOSS anda dan pergi ke bahagian Integration > WhatsApp dan pada bahagian Provider, sila pilih WasapBot dan masukkan Access Token dan Instance ID yang anda dapatkan dari langkah di atas kemudian tekan butang Save.
Integrasi dengan menggunakan WaBot
Untuk melakukan integrasi dengan menggunakan WaBot, pertama sekali anda perlu mendaftar akaun di sini dan selepas itu, sila rujuk panduan di sini untuk mendapatkan Access Token dan Instance ID.
Seterusnya, log masuk ke sistem BOSS anda dan pergi ke bahagian Integration > WhatsApp dan pada bahagian Provider, sila pilih WaBot dan masukkan Access Token dan Instance ID yang anda dapatkan dari langkah di atas kemudian tekan butang Save.
Integrasi dengan menggunakan Waapify
Untuk melakukan integrasi dengan menggunakan Waapify, pertama sekali anda perlu mendaftar akaun di sini dan selepas itu, sila rujuk panduan di sini untuk mendapatkan Access Token dan Instance ID.
Seterusnya, log masuk ke sistem BOSS anda dan pergi ke bahagian Integration > WhatsApp dan pada bahagian Provider, sila pilih Waapify dan masukkan Access Token dan Instance ID yang anda dapatkan dari langkah di atas kemudian tekan butang Save.
Selepas anda selesai melakukan integrasi dengan mana-mana penyedia perkhidmatan di atas anda boleh menguji integrasi tersebut dengan menghantar mesej dari sistem BOSS anda.