Sistem BOSS mempunyai fungsi Wallet untuk setiap ejen yang berfungsi sebagai medium pembayaran komisen dan juga untuk penebusan smart point. Apabila ejen berjaya melakukan jualan, komisen yang diperolehinya akan dimasukkan ke dalam Wallet dan kemudiannya boleh dipindahkan masuk ke akaun bank ejen tersebut.
Ejen boleh melihat baki dalam Wallet mereka dengan log masuk ke sistem BOSS sebagai ejen dan baki Wallet akan ditunjukkan di halaman utama seperti di bawah.
Ejen juga boleh menggunakan baki Wallet mereka untuk membayar tempahan yang mereka buat untuk pelanggan. Bayaran tempahan yang menggunakan baki Wallet tidak dikenakan cas FPX. Selain itu, apabila berlaku pembatalan tempahan oleh HQ, jumlah harga tempahan tadi akan dipulangkan ke Wallet ejen dengan serta merta, tidak perlu menunggu beberapa hari bekerja untuk mendapat pulangan.
Untuk membayar tempahan menggunakan baki Wallet, semasa ejen ingin submit order, pilih My Wallet sebagai kaedah pembayaran seperti gambar di bawah.